Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 17 April 2008

Tugas Tambahan

Dari pagi tadi saya bersama sekumpulan pensyarah berkumpul untuk menyemak semula pelan pengajian program Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi (SR111). Program ini telah dihentikan sementara pengambilannya empat tahun yang lalu. Atas dasar keperluan dan permintaan, pihak fakulti telah memberi amanah [biarpun tiada hitamputih]kepada saya dan beberapa orang pensyarah untuk membuat semakan semula. Antara yang terlibat pada pagi ini adalah PM Mus, Maizan dan Ali. YB yang sepatutnya mengetuai kami semua tidak dapat hadir kerana Cuti Kecemasan.

Program Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi perlu diaktifkan semula. Penuntut-penuntut bagi diploma ini akan ditempatkan di UiTM Kampus Menggatal, Sabah. Itu cadangan awal. Dah ada ura-ura Kampus Jengka pun menginginkan program ini.

Negeri di Bawah Bayu menjadi lokasi pilihan kerana bentuk mukabuminya yang bersesuaian sebagai 'makmal' untuk pelajar-pelajar mendalami ilmu sukan dan rekreasi luar.

Dalam melakukan penyemakan pelan pengajian tersebut, sesuatu bermain di benak fikiran saya. Siapalah agaknya calon pensyarah yang akan mengajar di sana ya?

5 comments:

team tact said...

nampaknya kena tubuhkan persatuan PERLUM la..... pembimbing rekreasi luar menggatal....hari2 boleh naik kinabalu oooo.....

Anonymous said...

Penjengok-Penjengok Tegar said;

Juniors,
This is not the time to express regrets and others.
It is all about individual time management. Discipline also plays an important role when it comes to be a performer.
As Boss always said,
Nak Seribu Daya, Tak Nak Tak Daya.

Cheers.....

hisyamchemat said...

team tact & Penjengok-Penjengok Tegar,
Benar kata anda. Masanya akan tiba, sebuah persatuan pembimbing yang berwibawa seperti PERLU UiTM akan diperlukan untuk membantu memperkembangkan rekreasi luar di sana.

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,
Bab tugas tambahan nie, jangan lupa masukkan laporan penglibatan Ketua Lanun dan para lanun-lanun pencen (bidan terjun lagi) semasa Sukaneka April 19,2008 di Padang Seroja.

Kasi cerita sikit sapa menang tarik tali .......


Cheers .........

hisyamchemat said...

Penjengok-penjengok Tegar,
Tunggu...