Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 10 November 2008

Bahagian 1: Hilang dan Jumpa

Kisah ini berlaku ketika saya masih belajar di UPM.

Saya pulang ke kampung untuk berhari raya dengan perasaan yang resah. Jam tangan yang sememangnya amat saya sayangi telah hilang daripada simpanan saya. Jam tangan itu sememangnya saya beli hasil duit gaji yang saya kumpul ketika bekerja secara sambilan di sebuah kedai makanan segera di Mines Wonderland. Sentiasa saya pakai untuk ke kuliah dan berekreasi luar. Saya yakin jam tangan itu kali terakhir saya lihat berada di dalam rumah sewa di mana saya tinggal bersama rakan-rakan yang lain.

Malam raya ketiga, Baba mengajak saya ke rumah Uncle Othman untuk berhari raya. Selepas selesai makan dan bersalaman untuk pulang, Uncle Othman bertanya, "Pasai apa hang nampak tak ceria ja Syam". Saya terkaku sebentar. Saya tak bercerita kepada sesiapapun tentang kehilangan jam tangan tersebut. "Perlukah saya bercerita kepada beliau", bentak hati saya. Saya tak sanggup berahsia lagi. Mungkin Uncle Othman ada jalan penyelesaiannya. Selamba saya berkata, " Uncle... saya hilang jam yang saya sayang sangat. Saya beli dengan titik peluh saya bekerja part-time. Boleh Uncle tolong doakan supaya orang yang curi tu pulangkan balik jam saya?".

"Kita boleh cuba... tapi lebih baiknya kalau Syam buat sendiri, tak payah berharapkan orang lain", nasihat Uncle Othman. "Macamana caranya tu Uncle?", tanya saya yang semakin teruja untuk mencuba. Kemudiannya Uncle Othman menurunkan amalan yang boleh saya usaha lakukan untuk memohon kehadrat Illahi agar dipermudahkan nutuk mendapatkan kembali barang yang hilang tersebut.

3 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Boleh En Syam turunkan ilmu tu pada blogers yang lain? Saya pun nak tau jugak ni, jam saya pun hilang. Memang saya pun tak ingat saya letak kat mana.

Lennyek said...

Haah...
En Syam turunkanlah ilmu tu..semoga blogers sekalian dapat praktikkan ilmu tersebut dengan betul..tak perlulah nak pakai bomoh...huhuhuuuu....

teamtact said...

episod seterusnya(bahagian 2) hari apa....???