Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 12 November 2008

Bahagian 2 : Hilang dan Jumpa

Saya yakin dengan apa yang disampaikan. Saya bertekad untuk melakukan segala ilmu baru yang telah disampaikan oleh Uncle Othman. Saya yakin jam tangan yang menjadi harta yang saya beli dengan wang titik peluh saya akan berjaya saya miliki semula. Saya yakin dengan bantuan Allah. Hanya kepada Allah saya bermohon dan berserah.

Malam pertama sebaik sahaja selesai Solat Sunat Rawatib selepas Maghrib saya membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya diikuti pula dengan surah Al-Kafirun sebanyak 41 kali.

Keesokan malamnya iaitu pada malam kedua pula, sebaik sahaja selesai Solat Sunat Rawatib selepas Maghrib saya membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya diikuti pula dengan surah Al-Ikhlas sebanyak 41 kali.

Pada malam ketiga, sebaik sahaja selesai Solat Sunat Rawatib selepas Maghrib saya membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya diikuti pula dengan surah Al-Falaq sebanyak 41 kali.

Pada malam keempatnya pula, setelah selesai Solat Sunat Rawatib selepas Maghrib saya membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya diikuti pula dengan surah An-Nas sebanyak 41 kali.

Pada malam yang kelima iaitu malam yang terakhir, setelah selesai Solat Sunat Rawatib selepas Maghrib saya membaca Ayatul Kursi berterusan sebanyak 100 kali. Pada malam inilah paling banyak gangguan. Walaupun saya mengurungkan diri dan telah memaklumkan kepada rakan-rakan serumah agar jangan diganggu, namun masih ada juga gangguan yang berlaku. Saya teguhkan tekad untuk meneruskan bacaan sehingga selesai kesemuanya tanpa menghiraukan gangguan.


Kesannya akan saya 'post'kan dalam posting seterusnya.

Wallahu'aklam bissawab.

1 comment:

wegreentheearth said...

contoh ganguan tu ape bos?