Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 17 November 2008

Bahagian III: Dah Jumpa yang Hilang

Saya tak mahu bercerita secara terperinci bagaimana saya terjumpa semula barang yang saya hilang seperti yang saya ceritakan dalam Bahagian I dan II. Ini kerana ia melibatkan aib seseorang yang pasti dikenali oleh sebahagian daripada rakan-rakan saya di luar sana. Sampai sekarang tak ramai yang tahu siapakah dalang di sebalik kehilangan tersebut. Tetapi jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran untuk dikongsi bersama.

Saya dah jumpa jam tangan yang hilang. Tetapi jam tangan itu berada di tangan orang yang tidak saya kenali. Jam tangan tersebut memang istimewa. Walaupun harganya mahal (bagi kemampuan saya pada waktu itu) namun saya terpaksa mengikat tali jam yang terjuntai dengan getah rambut perempuan berwarna hitam (gelung lama dah putus). Saya kenal sangat dengan jam saya. Saya yakin.

Bagaimana Allah gerakkan hati aku untuk membeli makanan di kedai ini padahal sebentar tadi kawan baik, Haidi mengajak aku makan tengahari. Siap nak belanja lagi. Kenapa aku tolak orang nak belanja makan. Jarang aku menolak sekiranya orang nak belanja makan. Ish... ruginya. Tapi itu semua sememangnya tak dapat difikir dengan logik akal. Akhirnya roda motosikal aku bergerak ke kedai makan yang dah lama aku tak kunjungi. [sengaja saya gunakan dengan perkataan aku pada perenggan ini kerana ianya begitu hampir dengan diri ini]

Dipendekkan cerita yang terlalu panjang, suspek itu tidak mahu memulangkan jam tangan yang sedang dia pakai. Katanya dia beli jam tangan itu. Nama penjualnya juga saya kenali. Saya mengajak suspek dan penjual jam tangan tersebut 'berbincang' di suatu tempat. 'Perbincangan' menjadi hangat. Mereka berperang mulut sesama mereka. Penjual tidak mengaku bahawa dia yang menjual jam tangan tersebut manakala suspek mengaku dia membeli jam tangan tersebut daripada si penjual. Si penjual dan suspek sanggup bersumpah. Saya geram. Kedua-dua mereka sememangnya pandai berdalih.

Saya masih mampu bersabar. Saya masih ingat pesan Uncle Othman. "Jangan diapa-apakan pencuri tersebut sekiranya barang dah dijumpai. Kalau hang tak ikut (engkar), buruk padahnya", pesan Uncle Othman kepada saya.

Saya dapat merasakan bahawa suspek tidak mahu memulangkan jam tangan saya semula. Sebelum beredar dari situ, saya berpesan kepada si penjual yang sememangnya saya kenali supaya memastikan supaya barang saya tersebut akan sampai ke tangan saya dengan apa cara sekalipun. Kalau tidak...

Saya mendapat petua seterusnya ...

7 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

'Perbincangan tu pasti hangat. Darah muda masih membuak-buak waktu tu.

HiCMat said...

Memang panas. Alhamdulillah saya sempat balik rumah, solat Zuhur dahulu sebelum menyambung semula 'perbincangan' tersebut.

teamtact said...

aduh bos.....

macam bawang putih bawang merah.... takpa, saya tunggu sambungan seterusnya....

Noor Amin bin Ahmad said...

kalau zaman sekarang, mau pecah muka tu. syukur Tuhan memberikan tuan kesabaran.

saya pernah kehilangan handset dan laptop semasa di kampus. tapi saya hanya mampu berdoa agar Allah s.w.t. berikan keinsafan kepada si pencuri.

ChTan said...

Syam,

Hebat petua Uncle u, boleh jumpa balik barang kehilangan walaupun dah lama ya?

Gua nak cari "keyakinan diri" setelah sekian lama "berjuang" demi masa depan gua dan keluarga, bangsa dan negara gua ini. Tak jumpa jumpa lah dan dah lemah sangat yakin diri ni bro!!

Syam, cuba lagi harap-harap pihak tu lembut hati dan pulang balik hak milik orang lain ya.

kuDULT said...

Salam..

Memang menarik le kisah benar hang ni....dari dulu lagi aku dah agak hang sebenarnya boleh jadi penulis skrip drama dan pelakon. apatah lagi mengingatkan kenangan pendidikan Luar kat Pulau Langkawi masa jadi student ABS. Patah pinggang la, internal bleeding keluar kat telinga la konon....abis satu coursemate nangis tak lalu makan..... Tetiba aku jadi rindu kat coursemate kita yang tersayang....

HiCMat said...

Kudult,
Terima kasih kerana mengingatkan kejadian 'ngeri' di Pulau Beras Basah