Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 22 May 2009

Lambaian Kaabah 3: Buli

Kami dah sampai di pintu yang akan memisahkan di antara jemaah lelaki dan wanita. Sudah semestilah Kamilia yang pada ketika itu berumur 7 bulan akan dikendong oleh mamanya untuk memasuki ruang solat yang dikhaskan untuk wanita di dalam Masjidil Nabawi. Perasaan tidak keruan mendatangi kami. Bagaimanalah keadaan Kamilia setelah diletakkan ketika mamanya mengerjakan solat berjemaah.

Kami tak boleh bergilir untuk menjaga Kamilia. Rugi sekiranya tak bersolat berjemaah di sini. Bukan senang nak datang. Bila dah datang sudah pastilah hendak kami gunakan sepenuhnya untuk beriktikaf dan bersolat di dalamnya. Namun akhirnya saya bersuara, "Kita bertawakkal sahajalah kepada Allah. Yang penting niat kita ke sini untuk beribadat. Kamilia pasti ada 'penjaganya'". Tanpa berlengah dan was-was lagi kami memasuki Masjid Nabi.

Seorang budak lelaki berketurunan Arab begitu berkenan dengan Kamilia. Budak itu cuba mengacah Kamilia yang pada ketika itu baru sahaja boleh meniarap. Kamilia memberi respon. Budak Arab itu teruja. Terus dia merapati Kamilia.

Liza bersama jemaah sudah mula mengerjakan solat. Kamilia yang pada ketika itu sedang meniarap diangkatkan bahagian kakinya dan seterusnya dilepaskan oleh budak lelaki Arab itu. Tidak puas hati sekali, kaki Kamilia terus diangkat lagi dari belakang. Budak Arab tu langsung tidak menunjukkan belas kasihan. Terus menerus diangkat dan dilepas kaki Kamilia yang sedang meniarap.

Nasib baiklah ada seorang hamba Allah ini yang kebetulan solat berhampiran dengan lokasi kejadian. Terus dia menyigong (menyiku) budak lelaki itu ketika dia dan semua jemaah hendak rukuk. Allah pelihara Kamilia. Budak lelaki yang terjatuh dan terkejut akibat sigongan (sikuan) itu dan terus melarikan diri dan hilang entah ke mana.

2 comments:

Anonymous said...

Teruskan menulis pasai Mekah.Bila pula ada iklan travelog haji di blog hang,baru terperasan.

HiCMat said...

Insyaallah. Akan terus dicoretkan yang mampu diingati.