Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang suatu lokasi yang ramai orang jarang lawati sekiranya ke Melbourne. Lokasi tempat ini terletak di Phillip Island yang terkenal dengan Penguin Parade di waktu senjanya. Ianya adalah Phillip Island Wildlife Park (PIWP). Taman ini terletak di suatu kawasan
berkeluasan hampir 60 ekar. Ianya menjadi ‘teduhan’ buat lebih daripada 100 jenis
haiwan yang menjadi ikon dan cukup terkenal di Australia. Di sini pengunjung
bukan sahaja boleh melihat, tetapi boleh menghulurkan makanan di tangan dan merasai
sendiri pengalaman merapati dan bermesra dengan hidupan liar.
Kebiasaannya di
habitat semulajadi, haiwan-haiwan ini akan cuba menjauhi apabila dirapati. Di
sini tidak! Selepas ‘yakin’ kita tidak merbahaya dan ada ‘sesuatu’ dibawa sama,
haiwan-haiwan ini seperti faham-faham sahaja akan merapati. Kalau tak biasa mau
bertempiaran juga larinya, risaukan haiwan ini mengganas
Tersangat menariknya di PIWP adalah di mana kanggaru-kanggaru
dan walabi dibiarkan berkeliaran dan lepas bebas di seluruh kawasan, jinak
makan di tangan dan ‘mesra’ bila diusap dan ditepuk haiwan-baiwan ini. Bertuah
lagi apabila dapat melihat joey, si-bayi kanggaru yang kelibat sekejap ada dan
sekejapnya ‘hilang’ di kantung ibu kanggaru.
Selain kanggaru dan wallaby, banyak juga spesis burung yang boleh ditemui di
dalam PIWP. Burung yang bersaiz besar dan tidak boleh terbang Emu and Kasawari
(burung unta) pasti menggerunkan pengunjung. Bila diberi hulur tangan untuk
diberi makan kanggaru, pasti burung unta akan mencelah untuk memagut sama.
Memang burung-burung besar ini akan bikin kacau dan mengganggu bila pengunjung
ingin bergambar bersama kanggaru-kanggaru yang jiran. Kena berhati-hati lah jawabnya
bila emu dan burung unta ini merapati. Selain
itu di dalam sangkar terdapat beberapa sepsis burung hantu dan juga burung
kakaktua selain terdapat juga burung pemangsa besar dan kecil.
Memang cepat rasanya masa berlalu apabila berada bersama-sama haiwan-haiwan di
sini. Alhamdulillah saya sekeluarga berpeluang mengunjungi PIWP ini di dunia
musim yang berbeza dan dapat melihat suasana yang berbeza. Suatu ketika ladangnya
seperti padang jarak dan suatu musimnya ladangnya menghijau. Kalau anda ke
Phillip Island, pastikan lokasi ini termasuk dalam senarai tempat yang ingin
dilawati. Memang saya rekomen kerana ianya berbaloi-baloi bukan sahaja kepada
orang dewasa, tetapi pasti anak-anak juga akan jadi teruja apabila menghampiri
dan dihampiri haiwan-haiwan ini di alam liar.
No comments:
Post a Comment