Betul saya memang OK. Kawan sekeliling asyik dok bertanya soalan yang sama.
Penangan 2 minggu lepas memang menyentuh hati. Sesiapa yang terkena pun pasti terasa. Orang gila atau yang tidak berhati perut sahaja yang boleh terima kalau diri mereka diperlakukan sedemikian.
Saya tak kisah. Memang saya muka tak tahu malu. Saya peduli apa. Saya inginkan kebenaran. Saya inginkan penjelasan. Saya inginkan kepastian. Tak sangka pula perlu berhadapan dengan cara yang mengaibkan. Rupa-rupanya bukan saya seorang ramai dah terkena.
Sabar sajalah. Tentu ada hikmahnya. Mungkin ini balasannya kerana saya pernah berdosa kepada orang lain. Saya mohon maaf. Semoga dosa saya diampunkan. Ya la hidup pun tak tahu berapa lama lagi. Entah esok entah lusa.
Saya dah tak mau gaduh-gaduh. Kalau ada yang tidak sedap di hati datang-datanglah atau panggil sahaja untuk berbincang. Rama yang dah tahu kan bahawa saya ni pun bukannya yang keras hati sangat sampai tak nak dengar pendapat orang lain. Kita pun tahu kan takda masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Sekurang-kurangnya kita mencuba untuk selesaikan.
Maaf ya kalau terkasar bahasa. Saya nak belajar jadi lebih berbudi bahasa. Waalahu'aklam bissawab.
6 comments:
kita berbudi kepada yg berbahasa. Allah jua Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana. Mungkin sebab lebih tinggi ilmu, maka lebih tinggi dugaan? Dan dugaan datang untuk menguji kecekalan kita
masalah selagi boleh diselesaikan dngan cara baik..baik di selesaikan saja..jgn ada yg mnyimpan perasaan dendam pula...
buat en.Syam,bnyakan bersabar..
pasti ada jln pnyelesaian...
gambatte!!
kita berdepan depa pulak membeakang..
mcm mana bos?
=P
yeeee
*membelakang
Salam Boss..
Harap boss sabar dengan dugaan disekeliling. Org baik mmg selalu diduga. Org yg sebaliknya pula, mmg Allah swt bagi dia nikmat di dunia dulu. Kami tau boss orgnya mcm mana. Sabar ye boss...kami akan tetap menyokong boss walau apa yg terjadi sekali pun.
salam rekreasi....
Sopan santun.....anak melayu...senyum terukir...senyum terukir bila disapa..... dalam pantun, kukirim rindu... rindu mengalir....rindu mengalir didalam kata.....
lemak manis alah amboi-amboi..santan kelapa alah amboi-amboi..... anak siapa....
ada rumah tak berpintu.....
ada pintu tak bertingkap......
harimau garang memang begitu..... mengaum saje tidak menangkap.....
lemak manis alah amboi-amboi..santan kelapa alah amboi-amboi..... anak siapa....
banyak sungguh buah ceremai...
dah dikutip membuat pajeri...
Masa hidup kita berdamai...
Mati nanti seorang diri...
lemak manis alah amboi-amboi..santan kelapa alah amboi-amboi..... anak siapa....
Post a Comment