Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 19 May 2009

T.O.N.T.O atau T.O.M.B.O

T.O.N.T.O dan T.O.M.B.O

Andakah anda tahu apakah makna akronim di atas. Satunya T.O.N.T.O satu lagi T.O.M.B.O.

Sebenarnya akronim ini mempunyai banyak makna samada baik ataupun buruk. Yang buruknya maksud T.O.N.T.O ini adalah Tolong Orang Nak Tipu Orang. Kebiasaannya digunakan untuk menggelarkan kumpulan samseng yang sering memeras ugut dan menipu orang. Baiknya T.O.N.T.O ini pula adalah Tolong Orang Naikkan Taraf Orang. Jarang sangat akronim ini digunakan untuk menyatakan segolongan manusia yang saling tolong menolong untuk menaikkan taraf hidup rakan-rakan dalam kumpulannya.

Saya suka menggunakan akronim T.O.M.B.O untuk yang baik-baik sahaja. T.O.M.B.O yang saya maksudkan adalah Tolong Orang Mahu Bantu Orang. Saya suka tergolong dalam kumpulan manusia sebegini. Saya rasakan tentu penjengok-penjengok sekalian juga mahu bersama-sama menyertai golongan sebegini. Dapat pahala percuma.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja ... sentiasa berdoa agar Allah lembutkan hati kita supaya diringankan anggota untuk saling membantu sesama insan selagi terdaya. Benar! tidak semua orang diberikan kekuatan oleh Allah untuk saling bantu membantu. Kita jangan jadi Kiasu [mementingkan diri sendiri].

Walau setinggi manapun kita, pasti kita saling memerlukan. Kita masih memerlukan seorang pengutip sampah untuk mengutip sampah di dalam tong-tong sampah kita. Sudah pasti kita tak mampu untuk ke tempat pembuangan sampah hanya semata-mata untuk membuang 2-3 kilo sampah. Tak gitu?

Jadi sudah semestilah kita patut menyedari bahawa bantu membantu ini sememangnya baik sekiranya diamalkan. Jangan ada semangat cucuk mencucuk, berburuk sangka dan fitnah menfitnah di kalangan kita. Aman dunia.

Terima kasih kepada guru saya, Encik Sam Shor Nahar [walaupun beliau tidak mengajar saya secara formal semasa di UPM dulu] kerana telah menerapkan budaya T.O.M.B.O. ini ke dalam jiwa saya.

Nota: Sekadar ingin berkongsi dengan penjengok-penjengok sekalian [mungkin kurang menarik kot posting ini]. Tapi memang sudah lama saya simpan.

4 comments:

Budak Bijak - 54L said...

sangat bijak dan menarik...sekurang2nye.skrg ni(this post) en.syam masih terus m'praktiskan amalan TOMBO..Tolong Orang Mahu Bantu Orang

perlu diamati tujuan post ni dkeluarkan..pastinya ingin penjengok2 memikirkan sejenak adkh selama ini kita m'amalkan amalan TOMBO..maklumla zmn skrg org kt x 'sporting'..ambil mudah dgn konsep "aku2..engkau2"..tak patut2
jauh sekali dgn amalan Rasulullah..

M'doakan utk kesejahteraan insan lain juga blh diklasifikasikan dlm amalan TOMBO,dan yg sgt baiknya,doa insan lain kpd insan yg lain pulak adlh lebih makbul...

(sekadar b'tukar pandangan)
Bijak2....

sname said...

hehehe...
nasib x tesalah baca..
igt pasal tomboi..
=P

ajoy87NF said...

Salam,
agak menarik istilah T.O.M.B.O ni...
hurm... mgkin budaya dah lame pudar dlm masyarakat kita ni...
Tp, sikap ini sering kali di salah tafsir oleh masyarakat skrang...
Malangnya...
Trima kasih utk ilmu yg dsampaikan...
Sharing is caring...

aiShaH said...

kena jadikan amalan... supaya tak jadi kiasu