Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 13 August 2009

Hashim bin Selamat - Apa Ada Pada Nama!

Habis semua tugasan pelajar saya campakkan ke mana sahaja yang saya sempat. Terkejut jugaklah budak-budak tu. Mungkin tak pernah ada pensyarah yang buat sebegitu sebelum ini. Mungkin juga mereka malu kerana sekumpulan pelajar lain yang sedang bermain tenis terberhenti seketika melihat gelagat saya yang seperti orang hilang akal tu.

Mana taknya, pada hari pertama kuliah saya dah tuliskan di papan putih ejaan nama saya berserta nama bapa. HISYAM BIN CHE MAT saya tulis satu persatu biar nampak jelas.Saya lihat ada yang catatkan dan tak kurang juga yang buat tak tahu sahaja.

Tuptup bila mereka serahkan tugasan pertama yang telah diberi... di mukasurat hadapan pun saya dah tak berkenan. Kebanyakan mereka menulis nama saya dan bapa saya mengikut gerak hati mereka sahaja. Langsung tak peka. Nama mereka tahu pulak nak taip betul-betul. Semuanya gara-gara takut markah tersilap bagi ke orang lain. Apa punya tur da!

Beberapa hari selepas itu saya dipanggil oleh Ketua Program. Beliau bertanyakan tentang peristiwa yang telah meruntun perasaan para pelajar itu. Rupa-rupanya pelajar UiTM ni kuat mengadu. Tak tahu pulak saya. Dia bertanya tentang rasionalnya saya berbuat begitu. Baru semester pertama saya mengajar dah nak 'tunjuk tocang'.

Apa lagi teruslah saya bersuara. Saya beri satu contoh. Saya bertanya pendapat beliau sekiranya nama beliau Hamdan bin Ahmad ditukar oleh pelajar-pelajar di mukasurat hadapan tugasan kepada Medang bin Mat ataupun Mede bin Mak ataupun Che Dan bin Che Mad. Terdiam jugalah Ketua Program kita tu. Akhirnya dia bersetuju dengan tindakan saya.

Bukan nak berlagak. Bukan nak beremosi. Bukan juga untuk menganiayai. Niat saya untuk mendidik supaya pelajar-pelajar ini lebih peka dan memahami situasi. Pengalaman sebegini bagi saya sedikit sebanyak dapat mematangkan pelajar. Mereka akan lebih peka dan sedar untuk mengelakkan diri daripada membuat kesilapan terutama sekali apabila ianya melibatkan individu lain.

Semua itu berlaku sekitar pertengahan tahun 2000. Kini saya dah 'lembut', kata orang. Ya ka... saya pun tak perasan. Apapun tujuan saya untuk mendidik. Itupun kepada orang yang memerlukan didikan. Wallahu'aklam bissawab.

4 comments:

Anonymous said...

Syam,

Lama dah saya tak balas atau tak komen blog u sebab u memang betul ada ramai peminat dan jika kurang seorang mcm saya ini tak kesah tapi kali ini saya rasa nak respon sebab nama orang ...khususnya nama guru pada pelajar turut tak diingati dan ditulis lain macam ini amat menyakit hati tok gurulah sebab the trust and the respect itu telah dan boleh diwas-waskan, oop! saya bukan nak mengeruhkan lagi keadaan tapi cuma nak share pandangan:Kalu nak kenal seseorang biar kenal orang dengan kenallah nama beliau sekali, itu saja, betul dan boleh ke? hi hi hi

nurul said...

hu hu hu....saya tau kes ni....kelas kami nih..SU11 & SU12....kelas outdoor...tp sapa pi report x tau pulak...xtau pun En.Syam kena panggil dgn ketua prog...bila saya baca baru tau...sorry...

zainal said...

Jangan buat selalu noo....ikut yang baik je, yang kurang baik tu adjust skit.

hisyamchemat said...

Tuan/puan Tanpa Nama,
Terima kasih kerana masih sudi menjengok blog saya. Saya hanya berkongsi pengalaman yang terlintas di minda.

Nurul
Alahai... dah bocor la pulak. hehehe

Kudult
Baik bro, terima kasih kerana ingatan