Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 7 July 2010

Terima Kasih UiTM!

Terima kasih UiTM!

Terima kasih kerana telah memberi peluang kepada anak saya melanjutkan pelajaran!
Terima kasih kerana membantu memberi peluang kepada anak kami menuntut ilmu dan seterusnya mengubah nasib kami sekeluarga!
Terima kasih kerana anak saya yang kurang kelayakannya ini diterima masuk untuk meneruskan pengajian di universiti!
Terima kasih kerana menolong anak-anak kami orang miskin/yatim ini belajar percuma tanpa sesen pun bayaran dan siap diberi elaun lagi!

Susah betul nak jumpa ayat-ayat yang mudah ini di dada-dada akhbar. Baik di ruangan surat pembaca mahupun di ruangan SMS aduan pembaca. Alahai lah nasib UiTM. Menabur bakti untuk bangsanya, namun yang dinampak hanyalah kesalahan demi kesalahan.

Tentang bilik asrama yang terpaksa dihuni ramai-ramai. Tentang keputusan masuk yang lambat diperolehi. Tentang staf yang tak mesra. Tentang rayuan pertukaran kampus dan program yang tak dilayan dan macam-macam lagilah yang nak dicari salahnya.

Wahai ibubapa dan penjaga sekalian, belajarlah bersyukur. Yang tak dapat masuk nak masuk. Yang dah dapat masuk nak tukar kampus dan nak tukar program. Yang dah dapat asrama nak tukar bilik. Yang dah dapat bilik katanya ramai pulak penghuninya dalam satu-satu bilik. Memang tak akan selesai punyalah masalah ni.

Maka kepada yang banyak sangat ketidakpuasan hatinya itu, lebih baiklah bersemuka dengan pihak UiTM. Tak payahlah memalukan universiti yang anak anda akan belajar. Apa nak takut, datang ja ke mana-mana bahagian yang tak puas hati. Cakap. Isi borang. Laporkan. Tak perlu simpan-simpan dan meletup di dada akhbar.


Untungnya mereka yang berjaya ke UiTM. Banyak kemudahannya yang orang luar tak nampak. Banyak sampai tak sanggup nak saya catatkan di sini. Masuk dalam baru tahu. Saya dahulu selepas SPM memang ada memohon kursus di ITM. Tapi 'tak layak' nak belajar di sini. Tak tahulah pulak rupa-rupanya boleh merayu. Iyalah anak yatim piatu kepala batu. Tak tahu prosedur. Mana nak tahu semua tu. Dah tak dapat, terima ajalah. Alhamdulillah, nasib baiklah UPM bagi peluang. Kalau tak, di Sekolah Menengah Sultan Badlishah lah saya habiskan STPM. Ini lain pulak jadinya. Anak dah dapat masuk, banyak pulak komplennya.

Walau sebanyak manapun dugaannya, UiTM pasti akan terus unggul membantu golongan Bumiputera. Tak kira samada Bumiputera yang tahu bersyukur ataupun yang telah lupa asal usulnya. Tak guna memalukan universiti yang anak kita akan dan sedang belajar. Kelak kalau anak kita gagal, maka renungkanlah kembali kata cela dan nista yang pernah kita hamburkan kepada gedung ilmu yang tak serik-serik membantu anak bangsanya berjaya. Mungkin ketika itu masih belum terlambat untuk memohon maaf dan mengungkapkan rasa penuh syukur di atas kewujudan UiTM di bumi bertuah Malaysia tercinta.

Hidup UiTM!
UiTM Pasti Terus Teguh dan Unggul!
UiTM Sentiasa Dihatiku Biarku Aku Bukan Produk UiTM!
Aku Bangga Menjadi Sebahagian Daripada Kejayaan dan Kecemerlangan UiTM!.

8 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

uitm di hati ku...

aiShaH said...

Betul en hisyam kita kenala belajar bersyukur.. uitm dah banyak membantu bumiputera.. kalau masuk uni lain dah sah2 fees mahal.. kalau tak puas hati masukkan je anak mereka kat uni lain.. anak melayu ni mmg susah nak bersyukur kot dgn anugerah yang diperolehi

Stoner said...

alhamdulillah~

berkat didikan guru2 di UiTM, saya jadi lebih matang, lebih pandai berdikari dan paling penting, dapat berbakti kepada kedua org tua saya...walaupun dahulunya saya gagal dalam SPM, kini saya boleh berbangga dengan diri saya...

terima kasih Bos dan UiTM!!!

FoO dA fIrSt#1 said...

MELAYU MUDAH LUPA...

yazilahyazir said...

salam bos..
betul apa y boss ckp..
saya duk kat kolej kediaman ni, mcm2 dah rasa...karenah pelajar, ibu bapa, mpp dan termasuklah pentadbiran universiti sendiri...
tak penah bersyukur dengan apa yg mereka dapat, yuran yg dibayar banyak disubsidi, tetapi keinginan tingkat tinggi... kerjanya hanya mengadu dan lebih parah, asyik ugut nak ke dato' nc sahaja...
kita belajar untuk tambah ilmu, bukannya menjadi lebih kurang ajar...
saya sampai sekarang, masih bangga menjadi bekas pelajar UITM
p/s: pernah dimaki ibu bapa yg menghantar anak masuk ke kolej, tp akhirnya ibu bapa tersebut meminta maaf didepan org ramai..salah sendiri, sendiri malu...haishhh

hisyamchemat said...

Yazilah,
OK tu, saya langsung si-bapa tak datang balik mintak maaf lepas dia maki dan doakan keburukan untuk saya. Namun, bantu tetap bantu. Semoga orang macam ni akan dibukakan pintu hatinya untuk lebih banyak bersabar.

tnie said...

tq....en syam....diatas segala tunjuk ajar selama ini....jasamu akan ku kenang smpi bile2....uitm dihatiku.....i luv uitm....

Lynn Matata said...

UiTM sentiasa dihatiku..