Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 27 July 2010

Bukit Broga: Pemandangan Indah???

Bukit Broga merupakan salah sebuah lokasi menarik di Broga. Ia seperti mercu tanda yang dapat menaikkan lagi nama pekan kecil Broga kepada masyarakat. Suatu ketika dahulu Broga pernah terkenal dek kerana dipilih sebagai lokasi projek insinerator. Khabarnya pada tahun 2009 projek insinerator tu telah pun ditamatkan di Broga. Alhamdulillah.

Mungkin ramai penjengok yang masih belum pernah mendaki bukit ini. Saya sendiri pun tak pernah terlintas di pemikiran untuk mendaki bukit ini walaupun seringkali melalui jalan ini untuk ke Hutan Lipur Lenggeng. Saya hanya memerhatikan sahaja keempat-empat puncak bukit ini daripada kejauhan dan tak menyangkakan bukit ini sebenarnya memaparkan suatu pemandangan yang indah daripada puncak-puncaknya.

Pemilihan lokasi amali rekreasi luar darat oleh siswa-siswi pengkhususan Pengurusan Rekreasi semester 3 ini amat bertepatan dengan kemampuan dan kekuatan mereka seramai 37 orang. Ini merupakan amali pertama mereka untuk semester ini. Saya memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih aktiviti dan lokasi untuk dilaksanakan aktiviti yang dipilih. Kalau senior-senior sebelumnya memilih mountain biking sebagai aktiviti untuk amali rekreasi darat, kumpulan ini sebulat suara memilih pendakian sebagai aktiviti amali pertama mereka [mountain bike tak cukup da].

Perjalanan daripada FSR bermula dari jam 5.20 pagi dan mengambil masa lebih kurang sejam sebelum berhenti di Stesen Petronas Jalan Semenyih untuk solat Subuh. Dek kerana ramai ahli rombongannya maka terpaksalah kami bergilir-gilir untuk solat kerana surau Stesen Petronas ini agak kecil [apa da ketua rombongan]. Saya syorkan anda bersolat di sebuah Masjid di Jalan Semenyih kalau datang ramai-ramai macam kami. Tidaklah terlalu membuang masa dek kerana menunggu.

Sepatutnya pendakian dah boleh bermula dari jam 6.30 pagi. Dek kerana rombongan Makcik Kiah dengan pelbagai ragam ini maka dakian bermula pada jam 7.35 pagi. Tak dapatlah nak tengok matahari terbit. Takpalah...

Dakian Bukit Broga ini tidak terlalu sukar. Ianya easy hiking. Pendakian sekitar 40 minit hingga sejam sebelum sampai di kesemua puncaknya. Nyonya-nyonya dan apek-apek pun ramai yang mendaki dan telah menjadi aktiviti rutin mereka boleh dikatakan hampir setiap hari. Kuat jantung oooo.

Semuanya nampak OK di sini, namun sayangnya masih ada lagi geng-geng pendaki terdahulu ni yang kurang ajar. Habis ditoresnya pokok-pokok dan dicontengnya batu-batu besar yang sememangnya berada di situ dengan nama mereka. Mahu sahaja kalau ditangkap makhluk-makhluk yang durjana tu dan seterusnya ditores dan diconteng badan mereka. Mungkin hukum karma begini sukar berlaku dan makhluk durjana sebegini susah nak insaf. Pemandangan alam yang indah di keempat-empat puncak Bukit Broga juga dicacatkan lagi dengan taburan sampah-sampah tinggalan pendaki terdahulu. Banyak sekali botol-botol plastik, plastik dan kotak-kotak minuman dan kotak rokok dicampakkan di merata-rata tempat. Tak ada sivik langsung. Ada makhluk durjana yang lebih tertib pula menyorokkan sampahnya di celah-celah batu. Kononnya agar pendaki lain tak nampak kot. Ini macam punya orang pun ada ka!

Namun dakian ini lebih indah sekiranya para pendaki dapat mensyukuri nikmat yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. Nikmat pancaindera yang lengkap yang dapat digunakan untuk melihat (mata), mendengar (telinga), menghidu (hidung), merasa (lidah) dan sentuhan (kulit). Lebih indah lagi kalau deria keenam atau mata ke-3 turut digunakan.

Sempat saya menyampaikan 'tazkirah' di atas puncak ke-2 di mana ada sebahagian peserta yang agak keseronokan sehingga lupa untuk mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan. Mereka menjerit suka setelah berjaya sampai ke puncak. Terlupa menyebut kebesaran, keagungan dan kesucian Allah yang telah menciptakan keindahan alam di Bukit Broga ini. Terlupa untuk menyebut Subhanallah dengan keindahan yang Allah ciptakan ini. Kalau terlupa maka samalah kita dengan pasangan warga tua yang seringkali mendaki bukit ini yang fokusnya hanya untuk kesihatan dan keindahan. Yang kita umat Rasullullah inginkan adalah sebaliknya iaitu keredhaan Allah bukannya sekadar berekreasi tanpa ada arah tuju.

9 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

subhanallah, alhamdulillah, lailahaillahlah, allahuakbar...

aik, mata ke-3...? ghostbuster ke bos, hehe...

wegreentheearth said...

salam bos....
kalu kat kuantan ade port gak...
bukit panorama kat sg.lembing...
dlm 20 to 30 min hiking...
bleh tengok matahari terbit...
memang best...

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Salam bos..

Meh la datang sini bos, ada bukit, ada air terjun, ada laut. Lawa bos..sesuai jugak untuk buat kem rohani..SUBHANALLAH....

zainal said...

Dah tgk gambo ko kat Broga. X nyesal langsung aku bagi hadiah kat hang.

HiCMat said...

Azlan,
Pandangan MATA HATI da.

Kudult,
Dah banyak tempat aku gunakan. Aku gunakan sepenuhnya hadiah yang diberi oleh sahabat aku tu. TQVM bro.

Haron said...

Salam Boss,
Apa pun cacat celanya BROGA tu kita kenalah terima hakikat bahawa manusia-manusia yang datang ke situ bukan semuannya tahu menilai dan mensyukuri keindahan yg Allah SWT kurniakan. Cuma kita berusaha semampu yang boleh menyalurkan informasi tentang penjagaan alam sekitar. Tapi boss,...apa yang berlaku ini bukan sahaja dilakukan oleh manusia-manusia kerdil seperti kita, bayangkan...sebatang pokok yang berusia berabad, ditebang oleh pakar2 ekonomi kita semata2 untuk membangunkan sesuatu tempat yang belum psatinya maju. Tidak terfikirkah mereka, berapa lama kita harus menanti untuk mendapatkan kembali pokok2 yang ditebang itu tumbuh semula. Itu pun kalau sempat selagi nafas tidak disekat. Makcik Kiah memang macam tu, sabar ajelah boss!....

HiCMat said...

Bro Haron,
Itulah harganya kalau dah nakkan sangat pembangunan. Harap2 pembangunan untuk rakyatlah bukannya untuk golongan tertentu ja.

Bila mau sambung degree pulak? [soalan terkeluar topik]

Haron said...

Soalan yg terkeluar topik tu susah sikit nak jawab. Tapi tak apa hamba cuba jawab. Jawapannya treng ten teng.... Umur dah 40+, nak bekerja l/k 10++thn. Smbg degree l/k 4 tahun, itu pun kalau tak kantoi, lepas tu umur pun meningkat 50. Ditambah pula berbagi syarat kalau nak naik pangkat. Yang dikejar saya dah dapat, ada lagi syarat..berat boss. e-PJJ aduh hai! memang jauh sungguh. Dengan keadaaan kerja yang tak tentu masa, susah hendak mengatur masa. Dahlah otak cuma jalan tiga silinder,...minyak pulak gomen tak bagi subsidi. Kalau ada subsidi boleh juga hamba cuba try test gi degree. Menuntut ilmu biar sampai ke China, tapi piti kurang macam mana nak ke sana. Asyik tumpang orang aje mana leh tahan, Tokeh lembu pun jual kandang..he he he. Insyaallah kalau ada rezeki.

Haron said...

Kata pepatah kalau ada kemahuan tentu ada jalan. Saya mahu boss, tapi jalan tu susah sikit, bersemak banyak duri. Almaklumlah pokok tua, durinya pun besar ibu jari.