Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 2 July 2010

Tak Disangka...

... cempedak dah jadi nangka. Ajaib kan. Ini bukan cobaan tapi benar-benar kejadian.

Beberapa bulan yang lalu ketika saya sedang minum bersama-sama rakan-rakan seperjuangan di sebuah warung, saya telah disapa oleh seorang mamat. Beliau bertanya samada saya masih mengenalinya. "Alahai beb, maafkan saya ingatan kurang jelaslah. Tuan siapa? Di mana kita pernah jumpa ya, soal saya kepada mamat tadi. Selepas dia memperkenalkan diri barulah saya kembali menyoroti kenangan semasa zaman belajar di universiti dahulu. Dia junior saya di universiti. Junior yang memang junior. Junior yang tak reti nak tegur senior. Jadi kurang perasan dek saya kerana dia kurang bergaul dengan senior.

Tanpa diminta mamat tadi memperkenalkan saya dengan wanita yang berada di sisinya. Katanya itu isterinya. Baru lima bulan mengandung [saya tak tanya pun]. Nun jauh di hujung warung tu ditunjukkan pula ibu dan bapa mertuanya. Saya tunduk dan mengangkat tangan tanda hormat kepada kedua mereka yang sedang memerhatikan perbualan kami.

Tak banyak yang dapat kami bualkan. Iyalah.. dia pun nak cepat. Cuma khabarnya kawan ni dah menetap di sekitar kawasan Selangor. Sekarang nak kena berkursus jangka panjang. Nun jauh pulak tu di utara tanahair. Alahai kasihan. Isteri yang memboyot dan tidak bekerja tu terpaksa ditinggalkan di rumah keluarga mertuanya. Ok tamatlah perbualan dan perjumpaan kami di situ hari tu.

Ketika musim cuti sekolah yang lalu super dad [saya la tu... apa boleh buat isteri sibuk berkursus da] membawa anak-anak bercuti di utara tanahair. Super dad bawa ketiga-tiga cahayamata ke beberapa lokasi menarik di utara. Dah lama kami tak bercuti. Kami tour sakan. Anak-anak semua seronok. Saya lagi seronok. Namun macam tak lengkap ja bila mamanya tak ada tapi cuti tetap cuti.

Nak dijadikan cerita saya berjumpa dengan mamat junior yang saya jumpa beberapa bulan yang lalu. Dia pun sedang bercuti agaknya. Di sebelah ada seorang perawan. Aik kali ni lain pulak rupanya. Takkan dah beranak kot. Saya jumpa dulu baru lima bulan. Kalau ikutkan baru sebulan lebih saya jumpa mamat ni di warung tempohari. Mamat tadi mungkin perasan kepelikan yang terpacul di wajah saya. Terus dia kenalkan, perawan yang di sebelahnya adalah kawan yang baru dia jumpa semasa kursus. Baru nak berkawan. "Oooooo kawan", spontan saya membalas. Kami tak banyak berbual. Si mamat tadi pun saya nampak macam tak selesa saja bila saya mula bersoal jawab dengan perawan yang dia kenalkan sebagai kawan tapi mesra tadi tu.

Hebat sungguh mamat junior tu. Di rumah ada isteri memboyot menanti. Di tempat kursus pulak ada teman tapi mesra yang melayan. Kasihan pulak rasanya saya pada isteri yang setia menanti suaminya. Disangka suaminya jujur berkursus. Rupanya ada agenda tersirat. Pasang satu lagi da. Tak betul punya laki. Kalau saya ada nombor telefon si isteri mahu saja saya ceritakan 'kejalangan' tingkahlaku suami yang tak langsung ada perasaan belas pada isteri yang sedang sarat tu. Hampir setiap malam sebelum tidur saya dihantui detik-detik pertemuan saya dengan suami curang dan perawan gedik yang saya pasti sudah mengetahui status si mamat junior seorang ni. Kenapalah ada perempuan sebegini yang harus merosakkan rumahtangga orang lain. Ini membina kebahagiaan di atas kesedihan orang lain. Kaum dia sendiri pulak tu. Kalau mamat junior tu terjengok blog ini, cepat-cepatlah engkau berubah dan tinggalkan benda yang tak berfaedah tu. Satu isteri pun tak terjaga, ada hati mau lagi. Kerja pun baru dapat, mana hang nak bagi makan anak orang. Muka hang tu aku rasa memang layak makan pelempang jepun aja. Ini semua geram punya pasallah ni. Nak dijadikan cerita lagi, saya dapat maklumat sahih [apa boleh buat saya ni minat menyiasat] mengatakan perawan yang diusung oleh mamat junior tu pulak tunangan orang. Alahai lah dunia. Kasihan kasihan.

8 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

dunia-dunia...
mintak simpang malaikat 44...
jangan kita ada sifat sedemikian...

jangan terkantoi kali ketiga kat shah alam pulak sudah la bos noh....

Anonymous said...

Sham,

Brother, orang-orang macam inilah merupai kata pepatah : nila setitik maka rosak sebelangga-betul ke? Tak pa mungkin si anu kata haknya dan tak terpikir hak orang lain pulak kan? yeh.

Ape kata, betina pun ada yang macam tu bro? ape kata pulak sebab sex ini ialah keperluan asas ikut hierarki ke ke ke . saja nak cerita.

HiCMat said...

Yassir,
Sudah tersurat saya yang dipilih mengkantoikan pasangan tu. Tak sanggup rasanya saya nak bersubahat lagi.

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Salam bos,
Pergh, hal macam ni memang saya geram bos. Lelaki yang sepatutnya menjaga isterinya buat kerja tak elook kat belakang. Memang saya geram...geram nih!!

hijau bumi Tuhan... said...

tak patut...tak patut...

zainal said...

Semoga aku x diberi peluang jadi mcm mamat junior ko tu!

HiCMat said...

Kudult: Betul tu, minta dijauhkanlah daripada 'benda' pelik2 ni

aiShaH said...

Mohon suami-suami yang membaca blog en hisyam tak macam mamat ni lah..