Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 20 August 2010

Jijik Lagi Menjelikkan

Kalau dilihat dengan mata kasar tentu aktivit yang satu ini nampak menjijikkan. Mana taknya berlemoih (comot) kata orang utara. Berjalan dengan mata ditutup, selut diredah, dimandi air lopak, menyelit celah-celah perdu pokok, merangkak dalam lubang yang muat-muat saiz badan dan banyak lagilah lakuan-lakuan yang tak terjangkau dek akal dilakukan ketika mata ditutup tu.

Kalaulah foto-foto semasa aktiviti berlangsung diletakkan di muka depan akhbar harian dan ditayangkan di laman sesawang YouTube pasti ianya menjadi perhatian dan perbincangan di peringkat nasional. Gempaq satu Malaya. Percayalah! Itulah menjadi kegemaran orang kita melatah tanpa usul periksa. Mungkin akan ada yang beranggapan kejadian raging di universiti. Mungkin la!

Namun aktiviti yang kotor di pandangan mata kasar ini mempunyai moralnya yang tersendiri. Aktiviti ini lebih banyak yang tersirat daripada yang tersurat. Banyak baik dari buruknya. Hanya mereka yang pernah melaluinya dan seterusnya melihat dengan mata hati sahaja yang boleh mentafsirkan cerita di sebalik aktiviti yang dikatakan menjijikkan ini. Aktiviti kecil yang boleh meninggalkan impak yang besar di dalam diri kita.

Kalau ramai yang tak perasan atau tak ada perasaan, inilah salah satu aktiviti yang dapat menggugurkan ego seseorang. Mana taknya, di zon selesa kebiasaannya aku wangi dan kemas. Kini aku hanya seorang hamba yang biasa sahaja. Comot dan tidak terurus. Pewanginya pula adalah bau-bau selut yang telah menyelaputi dari hujung rambut hinggalah ke kaki. Semua rakan-rakan yang ada tak kira kaya atau miskin, cantik atau kurang, handsome atau kurang, rupanya sama sahaja selepas menamatkan 'laluan si-buta' itu. Berlemoih!

Sepatutnya perkataan syukur terkeluar daripada mulut sesiapa sahaja yang pernah menjalani aktiviti sebegini. Iyalah bersyukur kerana dikurniakan sepasang mata cantik yang masih boleh melihat keindahan alam dan mensyukurinya.

Bayangkanlah nasib golongan yang mempunyai masalah penglihatan atau buta. Mereka hanya mengharapkan bantuan orang lain, tongkat ataupun handrail untuk bergerak. Tentu sukar kan kalau ianya berlaku kepada kita. Hanya 'dibutakan' selama 1-2jam pun kita dah memberontak dan tidak selesa, inikan pula buta selama-lamanya. Aduh... bersyukurnya aku Ya Allah.

Ada satu cerita di sini.

Harap-harap penjengok-penjengok pun sama. Mari kita belajar bersyukur.

6 comments:

mohdelham bin mohdsayuti said...

like

FoO dA fIrSt#1 said...

macam durian, duri tajam, tapi isinya...

Haron said...

Salam Boss,
Saya ada cerita yg seumpamanya utk dikongsi bersama. Moga menjadi pedoman. Saya sertai Kursus Etika di KKB, Sel. Kami dibahagikan dengan 1 kum. 7 orang, mata ditutup rapat dgn kain. Awalnya berderet boss, ramai2pegang sebatang kayu, kemudian sorang2 hilang entah kemana (dilencong dan diceraikan) masa tulah masing-masing memanggil-manggil nama kumpulan(cili) untuk bertemu semula,... Ya Allah begini hebat dugaan tuhan kepada hambanya.(kami dipertontonkan dgn aksi masing2 melalui recoder). Percaya atau tidak Boss tanpa disedari airmata saya mengalir mengenangkan satu peristiwa di mana saya ditahan kerja tanpa gaji. Belanja anak, kereta, brg dapur, rumah, bil2 etc macam mana nak tanggung? Masa itu juga saya tercari-cari, meraba-raba kot2 ada rakan2 yang sedia membantu. (saya lihat video player keadaan saya, mata tertutup, teraba-raba dan memanggil-manggil kawan saya..cili!..cili!..cili! ( nama kump.), namun tak ada siapa pun datang, mereka cuma dengar (rintihan) saya memanggil-manggil. Hanya tuhan saje yg tahu betapa kecewanya saya ketika itu. That's all.

Haron said...

Bagus aktiviti tu Boss. Belajar hidup susah dan kekurangan. Ada yang tak faham mengapa aktiviti ini dilakukan. Macam cerita P.Ramlee juga, ada mesej tersendiri yg hendak disampaikan. Mungkin dari situ akan hilang sedikit sikap bongkak, ego, pentingkan diri, dll dalam diri kita. Kepandaian, kemewahan mereka ada. Tapi etika, perangai dan tingkahlaku mungin kurang atau tiada dalam diri mereka. T/kasih para pendidik.

........farha........ said...

blind trail sangat best...

HiCMat said...

Bro Haron,
Sukar digambarkan keadaan tuan sekeluarga ketika diuji Allah swt sedemikian rupa. Saya pernah membaca email yang tuan kirimkan kepada saya tahun lepas. Saya hanya mampu bersimpati dan berdoa tuan akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Namun sedarilah saudaraku, Allah hanya menguji hambaNya yang mampu. Ujian itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita terhadapNya. Maha Suci ALLAH, Maha Kaya ALLAH, Maha Berkuasa ALLAH, Maha Pengasih dan Penyayang ALLAH. Allah swt sekali-kali tidak akan menguji hambaNYA dengan sesuatu ujian yang tidak mampu kita hambaNYA menanggungnya. Semoga kehidupan tuan sekeluarga dan penjengok-penjengok sekalian beroleh kesejahteraan dan dikurniakan kesihatan yang terbaik. Amin.