Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Sunday 22 August 2010

Satu Bahtera Dua Nakhoda

Mana mungkin ini terjadi. Sudah tentulah kalau satu kapal dua nakhodanya maka alamat tak bergeraklah kapal tersebut. Seorang nak ke barat dan seorang nak ke timur. Seorang nak ke Lautan Atlantik, seorang nak ke Lautan Pasifik dan akhirnya tersadailah kapal di Guatemala. Apalagi kelas-kelasinya pun berkata Guatemala ke "Gua Mati La" lagi senang. Iyalah dah susah sangat asyik nak berperang sahaja atas kapal. Lebih baik terjun atau kelasi berhenti beramai-ramai lagi baik. Sebab bila 2 nakhoda bertelagah maka orang bawah pun tunggang langgang. Tak punya hala tuju. Sudah pastilah kapal itu tidak akan tiba ke destinasi dengan selamat ataupun bakal menerima nasib seperti kapal Titanic. Tenggelam di lautan!

Maka pengajarannya di sini, sesebuah organisasi atau jabatan itu perlu ada hanya seorang ketua. Ketua ini akan menurunkan kuasanya kepada beberapa orang penolongnya bagi melancarkan urusan seharian organisasi/jabatan masing-masing. Penolongnya akan menjalankan tugas yang telah diamanahkan berpandukan halatuju jabatan/orgabisasi tanpa ada nawaitu untuk mencantas ketuanya sendiri. Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Namun kebiasaannya langit tidak selalu cerah. Ketua kebiasaannya akan diuji. Akibat dicucuk atau 'gila kuasa' maka penolong-penolong semakin menggila dan menjadi tamak. Ingin dicantasnya ketua yang telah melantiknya. Bagaimana caranya? Akan difikirkanlah caranya dan kebiasaannya adalah dengan cara jahat. Surat layang, gerakan bawah tanah, fitnah memfitnah, mengadu domba dan yang seangkatan dengannya. Yang penting agenda peribadi tercapai.

Sepatutnya kalau ketua salah, tegur dengan cara baik dan bukannya terus menekan ketua. Beri peluang kepadanya untuk berubah. Kalau tak berubah juga... cubalah lagi cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Cantiknya ajaran Islam dan indahnya Islam ini sehinggakan imam solat sebagai pemimpin pun boleh ditegur. Kalau imam terlupa surah ketika sedang solat, makmum di belakangnya boleh tegur dan betulkan. Kalau imam terlupa rakaat samada terlebih atau terkurang, makmun boleh tegurkan. Hanya dengan menyebut subhanallah.

Harap-harap 'bahtera' yang sedang kita naiki, tidak dikepalai oleh dua 'nakhoda' lah ya. Saya sekadar berkongsi coretan.

3 comments:

Haron said...

Begitu besar kejadian Allah SWT. Itulah sebabnya tiada dua PM. Kalau ada rosak dan haru biru jadinya. Yang satu pro satu lagi kontra, habislah kita.

Anonymous said...

KENAPA, DITEMPAT ANDA MEMPUNYAI DUA KETUA KE?... oRANG YANG AMANAH DALAM TUGAS, SELALUNYA MELAKUKAN MENGIKUT TATACARA YANG BETUL, TETAPI YANG GILA KUASA SELALUNYA AKAN BERASA DIA LAH SENTIASA BERKUASA

Haron said...

Bro, nak cari yang amanah sekarang ni susah, kalau ada pun bilangannya cuma ciput. Mana boleh ada dua kepala bro. Huru hara jadinya. Bahtera boleh terbelah dua.