Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 3 March 2008

Nampak gayanya...

Tak tau la nak kata apa lagi. Dari sehari ke sehari perubahan demi perubahan terpaksa dibuat. Amali Akhir yang sepatutnya akan diadakan di Pulau Perhentian telah diubah tempatnya ke Pulau Redang. Atas faktor kewangan dan kekangan cuaca pula, maka pada minggu lepas pelajar-pelajar telah sepakat untuk diubah tapak perkhemahan Amali Akhir ke tapak perkhemahan Kenyir Sanctuary Resort di Tasik Kenyir, Terengganu. Saya tak kisah, kat manapun ianya dilaksanakan. Yang penting ianya perlu dilaksanakan.

Hari ni lain pula ceritanya. Saya mendapat berita terbaru daripada pelajar-pelajar saya bahawa program yang sepatutnya bermula dari 16 Mac 2008 sehingga 22 Mac 2008 perlu ditunda ke 18 Mac 2008. Alasannya kerana ada di kalangan pensyarah-pensyarah yang tidak boleh berkompromi dengan jadual kuliah mereka. Tak boleh pinda, tunda atau tukar waktu kuliah. Dasyatnya. Aduh.. kenapa jadi begini? Berilah pelepasan kepada pelajar-pelajar ini. Tolonglah cari hari lain untuk diganti kuliahnya. Kenapa begitu 'keras hati' sangat. Langsung tak boleh bertolak ansur. Fahamilah... bahawa pelajar-pelajar ini ke amali akhir adalah juga untuk menuntut ilmu. Hanya inilah masa yang paling sesuai untuk mereka ke amali akhir setelah amali pendedahan terpaksa 'dibatalkan' kerana pilihanraya. Cuti Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis telah menyebabkan saya memilih minggu tersebut sebagai minggu yang paling sesuai dengan Amali Akhir tersebut. Selain daripada itu juga, saya mengambilkira faktor masa. Pelajar-pelajar ini juga mempunyai masa rehat yang cukup sebelum Peperiksaan Akhir. Jadi tiada alasan mereka mengalami keletihan 'melampau' sehingga tidak boleh mendapat keputusan yang cemerlang untuk Peperiksaan Akhir pada bulan April nanti.

Itupun saya masih menerima permintaan pihak fakulti untuk menyediakan kurikulum baru untuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekreasi. Sekiranya para pensyarah tidak bersatu hati, maka akan sia-sialah program baru yang dicanang-canang nak dibuat itu. Bakal pelajar nanti akan rugi kerana tidak diberi peluang untuk menjalankan amali yang sepatutnya mereka jalankan.

Semasa saya di UPM dahulu, program Pengkhususan Pengurusan Rekreasi dan Taman memerlukan kami semua untuk menjalankan amali luar hampir setiap minggu. Ini menghasilkan graduan yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia luar. Tanpa adanya amali seperti ini, saya merasakan produk yang akan dihasilkan nanti adalah graduan yang 'lembik' dan mudah diperkotak-katikkan oleh masyarakat di luar sana. Isu yang 'pahit' yang cuba saya sampaikan inilah yang diharapkan menjadi 'penawar' kepada 'penyakit' yang sedang berlaku. Harapan saya agar warga fakulti bersatu hati dan menjauhi permusuhan. Tiada siapa yang dapat mengubah fakulti kecuali kita dan dengan kuasa Allah subhanahuwataala. Waallahuaklam bissawab.

5 comments:

Anonymous said...

saya akan sentiasa menyokong segala xtvt class en.hisyam..saya rasa kwn2 dari PERLU juga akan sentiasa menyokong..insyaallah
mus

hisyamchemat said...

Terima kasih Mus. Jasa PERLU akan sentiasa saya kenang. Hanya Allah yang dapat membalasnya

hafiztahar said...

sabar jelah muingkin ada hikmah nye....

hafiztahar said...

janji niat ensham nak sampai kan ilmu tu tercapai mcm sebelum2 nei,

hisyamchemat said...

Terima kasih Hafiz. Jadi ke, nak ke Kenyir. Orang Kenyir semua dah rindu tu.