[UPDATE 7/3/2008]
Alhamdulillah, berkat doa rakan-rakan semua, anakanda saya, Kamilia Afiqah sudah sihat walafiat. Kalau harisebelumnya Kamilia langsung tak berselera untuk makan, pagi ini berselera sekali dia makan ketika saya bawanya ke kedai untuk sarapan pagi.
[posting asal]
Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut Kamilia ketika bangun tidur pagi tadi. "Kakak tak nak ke sekolah" sambung Kamilia sambil merengek minta simpati. Terkejut saya dibuatnya. Mana taknya... selalunya Kamilia akan cepat-cepat bersiap selepas bangun kerana dia cukup seronok nak ke sekolah. Bila dah minta taknak ke sekolah, maka tandanya teruklah sakitnya tu. Jarang saya dengar kanak-kanak pening.
Selepas solat Subuh, sekali lagi saya memujuk Kamilia agar ke sekolah, tetapi hampa. Dia tetap enggan bersiap untuk ke sekolah. Katanya nak tinggal di rumah saja. Mana boleh kata saya. Takkan nak tinggal sorang-sorang.
Pagi ni pula ada amali kayak dan menyelamat di air. Saya tak boleh batalkan kerana Kem Akhir semakin hampir. Pelajar-pelajar ini perlu diajar teknik berkayak dan menyelamat di air agar memudahkan perjalanan kem nanti. Seterusnya saya membuat panggilan kepada Firdaus a.k.a 'Ustaz'. Minta 'talian hayat' agar menggantikan saya untuk mengajar teori kayak. Alhamdulillah Firdaus bersetuju.
Saya perlu bawa Kamilia ke DEMC dulu untuk mengenalpasti punca penyakitnya. Sesampai sahaja di DEMC tiba-tiba Kamilia merengek...katanya nak muntah. Arghhh makin parah ni. Tadi pening sekarang dah muntah pula. Beberapa kali dia muntah sebelum berjumpa doktor. Selepas diperiksa oleh doktor, rupa-rupanya Kamilia didatangi asma. Penyakit yang pernah dihidapinya ketika berumur antara 1 dan 2 tahun. Dah lama tak kena ni. Kenalah Kamilia di'neubilizer'kan.
Tak boleh ke sekolah dan tak selera untuk makan terpaksalah saya membawa Kamilia ke kelas saya. Di tepi kolam, Kamilia tidur keletihan dan langsung hilang selera untuk makan. Sebaik sahaja Kamilia makan dan minum, pasti dia muntah semula. Semoga Kamilia cepat sembuh. Amin
2 comments:
kesian kamilia...saya teringat pada anak buah saya sehingga seminggu 2-3 kali di nuebilizerkan di hospital tawakal. panik juga saya bila dia menjerit nama babah nya ketika ditepi kolam, saya terdengar dan melihat dia sudah muntah. terus saya bawa ke toilet untuk membasuh muntah nya. kesian pada kamilia. semoga cepat sembuh.
Terima kasih Ustad,
Alhamdulillah Kamilia dah ke tadika pagi ni. Berselera sungguh dia makan pagi ni selepas seharian muntah semalam.
Post a Comment