Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 26 March 2009

Dara

Air terjun ini memang indah. Kawasan sekitarnya juga cukup menarik. Masih dara. Mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa di Janda Baik terdapat kawasan air terjun yang indah sebegini.

Namun persoalannya di sini, sampai bilakah keindahan ini boleh kekal. Banyak sudah air terjun dan sungai-sungai di negara kita telah dicemari. Sampah-sarap memenuhi setiap ruang yang ada. Pemandangan yang memual dan menjijikkan ini seperti sudah biasa. Botol plastik air minuman/mineral yang telah kosong 'lebih berat' dari yang masih berisi. Setelah habis diteguk isi perut botol tersebut, maka botol yang kosong itu dibuang sewenang-wenangnya.

Sampai bilakah sikap sebegini akan terus menjadi 'tradisi' yang sepatutnya telah lama ditinggalkan. Kalau kita masih tidak mahu berubah, sudah tentulah suatu hari nanti kita hanya boleh melihat air terjun yang bersih adalah air terjun buatan manusia. Namun sedarilah yang dibuat oleh manusia tidak secantik ciptaan Allah.

Sama-samalah kita tegur menegur sekiranya ada di antara rakan-rakan kita yang 'terlupa' menjaga kebersihan terutama ketika berada di kawasan rekreasi.

8 comments:

Roland Robert Imbang said...

Salam sejahtera Boss,

Dah agak lama saya tak menjenguk mana2 blog rakan taulan ni bos. Terasa amat gumbira mendengar khabar dari En.Syam dan rakan2 lain... Menegur rakan yang "lupa" itu satu amalan yang baik kerana ia akan mengingatkan kita sendiri.Beringatlah semua kita bahawa keindahan ciptaan Tuhan ini adalah "taman permainan" bersama di muka bumi ini. Jaga lah ia seperti mana kita menjaga diri sendiri kerana ia mencerminkan keperibadian kita...:)

sname said...
This comment has been removed by the author.
hisyamchemat said...

Roland,
Memang bloglah menjadi penghubung terbaik kita semua. Semoga ianya berterusan.

saufee said...

asalamualaikum en.hisyam..btul tu kata encik hisyam, air terjun buatan manusia tidak mampu menandingi ciptan yang maha esa..insyallah kita bersama2 menjaga keidahan alam ini dengan sebaik2 nya insyallah..thanks en, hisyam kerana mengingatkan tangunjawab kitauntuk menjaga keindahan alam sekitar..

teamtact said...

Saalam rekreasi...

Ya bos... Malaysia memang terkenal dengan jumlah air terjun yang banyak dan menarik... tapi banyak juga yang semakin hilang seri nya...

kesedaran dalam diri sendiri tu memang key point untuk preserve our nature...

-sOutherN_Sh@rK- said...

salam... betul2.. bayak yang dah tercemar... cam kat gunung ledang tu pon dah tercemar... x guna sape yang sumbangkan sampah tu... hampeh betul....

-sOutherN_Sh@rK- said...
This comment has been removed by the author.
NaD said...

air terjun janda baik cantik dan indah..huhuhu teringat buat waterfall abseiling kt sana
pengalaman yg xkan sy lupakan