Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 13 January 2010

Beriku Kekuatan

Susah ka nak beristiqamah di dalam melakukan sesuatu. Kenapalah aku jadi begini. Risau betul. Apalah ubatnya untuk orang yang risau ni. Sebenarnya aku sendiri pun dah tahu tetapi kenapa masih lagi buat-buat tak tahu.

Kenapa fikiran menjadi buntu dan otak seperti beku. Atau aku sendiri yang dah tepu. Hilang arah tuju. Oh tidak.

Susah sangatkah nak beristiqamah di dalam melakukannya. "Apa dah jadi nie Hisyam. Dah lupakah hang dengan masa hang dan Aku berdua sekitar 3 tahun lepas. Hanya kita berdua. Ketika tu hang betul-betul merayu dan meminta. Aku dah kurniakan apa yang diinginkan. Sekarang jangan lupa ya. Teruskan apa telah engkau mulakan".

"Ya betul, aku perlu bertekad. Tekadku perlu teguh. Perjalanan aku masih panjang. Bilakah penghujungnya? Wallahu 'aklam tak siapa tahu kecuali yang Maha Esa. Aku tak boleh leka. Aku tak boleh alpa. Malam ini satu lagi berita sedih dan gembira aku terima. Aku bersyukur. Hanya aku dan dia sahaja yang tahu.

Ya Allah ya tuhanku, hambaMu ini bersyukur di atas segala yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Sesungguhnya hambaMu ini sering alpa. Pandanglah aku, Ya Allah. Janganlah Engkau lupakan aku. Sesungguhnya hambaMu yang lemah ini masih memerlukan taufik dan hidayahMu. Aku memerlukan rahmat dan inayahMu, Ya Allah. Kurniakanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa kedua ibubapa dan kakakku. Jauhilah mereka daripada azab kubur. Ya Allah, kasihanilah mereka. Engkau tempatkanlah ketiga-tiga mereka di dalam syurga FirdausMu. Sesungguhnya pada malam ini aku amat merindui ketiga-tiga mereka, Ya Allah. Terimalah doa hambaMu di malam yang hening ini Ya Allah. Ameen, Ya Rabbal'alamin.

3 comments:

sname said...

amin..
mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

salam..

segala perkara yang menimpa diri kita telah ditentukan olehNya. Redha adalah jalan penyelesaian yang paling molek disusuli dengan nikmat Allah SWT.
Dalam mencari ketetapan hati, diri harus diperbaiki, perkara lepas jangan diulang lagi, al-quran dan sunah jadikan pegangan insani, doa dan zikir menjadi rutin mukmin sejati, insyaAllah hidup en syam kembali di sayangi. Amin Ya Rabbal Alamin...

refah00 said...

Redhalah dengan ketentuan ilahi