Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 8 February 2010

Kelekaan Membawa Padah

Kelekaan akan membawa padah!

Kenapa sehingga sebegitu sekali ayatnya. Mesti ada sebab dan musababnya. Mana taknya, pihak universiti sudah memperuntukkan ruang masa yang cukup untuk membayar yuran, mendaftar, menambah, menggugur, dan mengesahkan pendaftaran kursus. Namun masih ada yang memandang enteng perkara-perkara tersebut.

Bila sudah terantuk baru terngadah. Apabila sudah diisytihtkan gugur status sebagai pelajar dek kerana kelalaian tersebut maka, berbondong-bondonglah mereka mengunjungi bilik KP. Alahailah nasib KP.

Mulai hari ini saya menunggu siapalah mangsa seterusnya untuk semester ini. Jawapannya akan muncul bermula jam 8.00 pagi hari ini.

1 comment:

kakkoi6779 said...

Akum Boss,
Lama tak layan blog rasa rindu pulak, harap boss & keluarga semuanya sihat, Boss klu nak cerita pasal gugur status kami semua dri PLK-PDRM pun terkena juga..... kami tak tahu nak salahkan siapa yg pasti kami yg terima padahnya. apa2 pun koi harap ianya x akan belaku lagi di masa2 hadapan.