Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 5 February 2010

Rahsia

Susahnya jika ingin menyimpan rahsia.

Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Sehingga begitu sekali ungkapan/perumpamaan orang lama-lama yang saya rasakan masih lagi relevan sehingga kini. Sehinggakan perut dirodok dengan keris atau lembing sekalipun rahsia tetap tersemat di sanubari dan tak akan dibocorkan kepada sesiapa.

Rahsia ini juga umpama amanah. Ia tidak boleh dibocorkan. Pekung tidak akan sesekali dibuka. Ia akan sentiasa dipelihara.

Senang sahaja untuk seseorang kalau ingin menjadi tumpuan. Buka sahaja pekung itu tentu sahaja ramai rakan dan taulan akan mengerumuni si-pembuka rahsia umpama semut mengerumuni gula. Ramai yang akan menadah telinga untuk mendengar dan sekiranya berpeluang ingin pula ditokok tambah.

Namun sampai bilakah seseorang itu boleh berahsia. Mampukah rahsia itu terus kekal sebagai rahsia apabila dipujuk rayu oleh pasangan masing-masing, keluarga terdekat dan rakan taulan. Ataupun disiasat oleh ...

8 comments:

Apize said...

salam en.syam

lama x berblog?sibuk ke bos? ke laptop de masalah lagi? klu de saya settlekan

Haron said...

Salam En.HicMat.

Biasanya raksia ini tak akan bocor. Kecualilah seseorang itu memberitahu yang "dia" ada rahsia. Bila mengaku saja ada rahsia, maka itu bukan rahsia lagi. Perasaan syak dan ragu-ragu itu telah ada pada seseorang. Orang lain akan cuba dengan sedaya upaya utk mengetahuinya dengan apa cara sekali pun. Biarlah rahsia itu menjadi rahsia dan tak perlu diungkapkan. Bila tidak diungkapkan, maka tiadalah rahsia. Rahsia itu kadang-kadang akan membawa kepada fitnah jika ditafsirkan rahsia itu pada orang2 yang tidak berkenaan. Tq

Haron said...

typing error " raksia " sorry

hisyamchemat said...

Hafiz,
Terima kasih, Laptop dah OK. Sampai demam denggi hang formatkan laptop saya. hehehe

Mr Haron,
Saya ada satu lagi rahsia. Alamak terbagi tahu la pulak

PPT said...

Biaq pecah kat perut jangan kita berperut sudah laaa..... :)

hisyamchemat said...

PPT,
Perut lelaki tanda abang sayang dan perut perempuan pulak tandanya ada yang sayang. Ok ka?

hijau bumi Tuhan... said...

en. PPT...
yg kes bomoh puja perut janda dlm srtkbr metro mnggu lepas, mcmane plak, hahahaha...


salam perjalanan...

PPT said...

Boss,
Betoi jugak cakap tu, bukan senang nak berperut, tinggi perbelanjaan diperlukan... Ini semua kejayaan para isteri mengubah hidup kita. Yelah dulu sebelum nie 53kg, lepaih setahun dua teruih jadi 73kg..

En. Perjalanan,
Bab bomoh tu pasai dia selalu tengok sangat cerita Nasib Do Re Mi.. Ingat lagi tak.. Pulut Kuning Sudah Sampai... Kalau tak percaya tanya dia.... :)

PPT