Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 27 May 2010

Bantai Sajalah!

Aduh... apa dah jadi ni. Dunia semakin menggila. Opss sori manusia di dalamnya sebenarnya menjadi semakin gila. Betul ke? Iyalah... guru ditumbuk ditampar dan disepak terajang. Aduh aduh, ke mana perginya nilai kemanusiaan kita sekarang ni. Gurunya yang 'tempatnya' terlalu tinggi dan sepatutnya dihormati kini dicaci cela dan dibuat seperti bola dan tak berharga lagi.

Alahailah nasib guru guruku sekalian. Kenapalah dunia ini berlaku zalim kepada kalian. Tak sangka ya, seorang pelajar berumur 14 tahun (Tingkatan 2 tu) boleh menumbuk gurunya seorang lelaki yang berumur 24 tahun. Berani betul dia tu. Siap ditumbuk bertubi-tubi pulak tu. Adeih sakitnya kena buku lima budak muda. Tak tahu la pulak kot-kot suratkhabar yang tokok tambah bagi sedap sikit. Walau bagaiman sekalipun ianya ditokok tambah, namun saya tetap berpendapat kerjaya guru patut dihormati. Sekiranya seseorang guru itu telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan berkesan dan efisiyen. Maka wajar sangatlah mereka ini dibela bukannya dipersalahkan.

Beberapa hari lepas terkeluar pulak cerita tentang seorang pelajar dijatuhkan hukuman dengan diberi peluang 'menginap' dan 'belajar' di Sekolah Henry Gurney. Semuanya gara-gara mengugut guru pulak. Nak dibunuhnya cikgu dia tu. Apa yang jahatnya sangat cikgu dia tu tak tahulah sampai nak dibunuhnya. Hailah nasib badan engkau cigu. Nak kena bunuh pulak.

Kepada guru-guru banyak-banyaklah bersabar. Jangan diikutkan sangat panas baran tu. Sebar beb. Anda adalah pejuang anak bangsa yang sejati. Anda mendidik anak-anak ini dari tak mengenal huruf hinggalah 'terbang tinggi'. Besar pahalanya tu. Sabar ya.

Akhirnya... kalau tak dek kerana guru takkan adanya Perdana Menteri. Takkan adanya arkitek, jurutera, doktor, pakar dan semuanya. Semuanya bermula daripada seorang insan bernama guru, cikgu atau teacher. Maka hormatilah guru-guru kita.

4 comments:

mommysarah said...

saya sokong sangat ler abang ungkal...

yazilahyazir said...

salam boss..
kalo kita tgk skrg, nape banyak org mengganggur, tak dak keje....
semua berbalik kepada diri mereka sendiri... mungkin mereka tidak menghormati guru / pensyarah mereka ketika mereka belajar dahulu...
setiap ilmu yg diturunkan oleh guru/pensyarah kita adalah sebagai bekalan untuk kita teruskan kehidupan... jadi kalo kita tak hormat guru kita, maka tak berkatlah ilmu yg diberikan..tp saya percaya, guru/pensyarah yg mengajar semuanya ikhlas memberi ilmu.. boss, harap2, takde la pelajar nak belasah pensyarah pula, kalo ada... panggil kami..heheheh...sori boss..gurau aja..

ChTan said...

Fren,

Sedih dan terkilan bila membaca petikan Sham sebab pada saya, guru tetap guru seperti zaman dulu tapi status dan penghormatan secara iklhas daripada pihak ke dua atau ke tiga sudah makin tak nampak, sebab apa? Tahu tak? Banyak sebab dan banyak pihak harus bertanggungjawab pada kejadian keadaan ini sekarang ok!
Salah satu pihak ialah cara pengambilan calon yang nak jadi guru - seolah olah yang memohon jadi guru adalah mereka yang dah "Tak ada jalan" lain - Univ tak jadi, matrik tak jadi, over sea tak jadi dan STPM susah pulak maka jadi mohon... jadi "guru" senang dan gaji tetap maka keihklasan serta kesungguhan nak jadi guru yang betul- betul berjiwa guru makin pudar- nak dapat respect orang? Respect is not ask but gain ok!
Pihak komuniti pula- lihat dan pandang "Duit" atau materialistik sangat maka bakal menantu seorang guru? sorry wrong number! beratur balik dan memohon borang bakal jadi menantu lagi le selagi tak "kaya" dengan Honda sekurang-kurangnya yeh yeh dan bayak lagi-- to be continue.

Liza Azahar said...

Sham, kalau zaman akak dulu, kami takut pada Cikgu. Cikgu nie diibaratkan second parent! Kalau Cikgu hantar surat kat Mak Bapak, cukup kecut perut dibuatnya. Especially sah-sah kita buat salah! Bukan sahaja dapat hukuman daripada Cikgu, malah balik dari sekolah, dapat hukuman daripada mak bapak! Zaman sekarang, anak2 tak boleh disalahkan! Sham kan tahu, kat sini anak-anak tak leh dimarah atau dipukul. nanti dipenjara kerana abuse anak-anak!