Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 12 May 2010

Hanya Meneka

Kasihan Chong Wei, dia dah berusaha bersungguh-sungguh. Apakan daya keputusan diakhirnya jualah yang menjadi penentu. kemenangan dan kekalahan adalah sebagai satu pasukan. Selepas penat Chong Wei dan beregu pertama berhempas pulas dan menang, tiba-tiba yang lainnya kalah pulak di tangan pasukan Jepun yang tak sekuat mana tu. Aduh kecewanya.

Saya ada pengalaman ketika mereka ke Team Building Thomas & Uber Cup di sini. dan di sini.

Pasti ada yang tak kena ni. Ini mungkin telahan jahat saya sahaja. Takkan apa yang berlaku pada sukan nombor satu negara telah menerobos masuk ke dalam sukan Badminton pulak. Alahai nasib engkaulah penyokong-penyokong Badminton negara. Apa boleh buat. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan pertama ni. Apapun kita tengok ajalah selagi boleh.

3 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Badminton di Malaysia akan kepupusan jika kita tak lahirkan 10orang macam Chong Wei.

HiCMat said...

Betul Ustat,
Chong Wei terlalu tinggi semangat juangnya. Tak mudah mengalah. Bila buat sesuatu dia buat bersungguh-sungguh. Memang susah untuk Badminton Malaysia nak cari pengganti seperti dia.

Haron said...

Salam boss, saya ada cadangan yang boleh membantu mereka, apa kata kita lucutkan jurulatih yang banyak tu. Apa perlunya mereka? 1 atau 2 orang jurulatih dah mencukupi. 1 single dan satu double. Jadi mereka boleh menilai. Tapi Malaysia boleh! konon2nya lah, nak yang terbaik. Tapi hasilnya cuma 1@2 saje yang kita nampak ada "Q" yang lain pepaham ajelah. Sokongan padu dan wang ringgit banyak disalurkan, cuma semangat juang perlu diperbaiki. Kata bekas jurulatih saya dulu. Kita nak jadi kuda perang bukannya kuda tarik gandum. Satu lagi politik dalam sukan, itu yang banyak menjahanamkan sukan di Malaysia ini. Kita bukan nak orang yang berpengaruh duduk di atas kerusi empuk, tetapi kita mahukan orang yang betul2 minat utk menaikkan taraf sesuatu sukan itu, yang sanggup duduk di bangku kayu keras dan kematu, berpanas dan berhujan tanpa payung, itulah leader yang kita cari. Majulah sukan untuk Malaysia.