Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 26 May 2010

Mr Mama Kembali

Alahai sekali lagi Mr Mama kembali bertugas. Apa boleh buat da, isteri jauh di 'perbatasan'. Dia kena pi kursus hampir dua bulan da. Perghhh, lama tu.

Hah! itulah nasibnya berkahwin dengan isteri yang bekerja. Terima ajalah dugaan ditinggalkan. Hai lah nasib badan. Takpalah... aku REDHA dalam kesukaran membesarkan anak-anak keseorangan. Kepada yang masih bujang mungkin boleh fikir-fikirkan, hehehe.

Banyak jugalah program-program yang terpaksa dibatalkan dek kerana kesibukan rutin Mr Mama ni. Hanya program dari jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang sahaja yang boleh aku sertai. Rugi juga rasanya masa cuti-cuti semester ni tak digunakan sepenuhnya. Pagi-pagi bangun, solat dan siapkan anak-anak ---> hantar ke sekolah, tadika dan taman asuhan ----> pi pejabat ----> kerja ----> tepat jam 5pm balik kerja ----> ambil anak-anak ---> masak nasi (lauk bungkus tengahari) ---> layan anak-anak (belajar, TV) dan seterusnya ZZZZZZZZZ. Esoknya rutin berulang semula.

Semoga aku terus tabah dan takdaklah anak-anak yang tertinggal kat rumah ataupun terjatuh di sepanjang menjadi Mr Mama ni. Insyaallah aku boleh lakukannya.

2 comments:

ima_yo said...

bukan nak jadi senang bos..senang senang datangla rumah kami!!huhu bler da jd 'suri rumah' pasti memahami kepayahan ibu2 se malaysia menguruskan segalanya..huk3 GUDLAK BOS!!

yazilahyazir said...

salam boss...
Insyallah, bos boleh mengharunginya.... kalo ada anugerah bapa mithali, saya calonkan boss...heheheh...gurau ja boss..
Boss pasti bole lakukannya...
U can do it...