Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 27 April 2011

Obesiti Dek Nasi Lemak

Dah ada isu baru la pulak. Khabarnya budak-budak sekolah sekarang makin obes dek penangan nasi lemak. Aik... ya ka sampai begitu. Takkan nasi lemak sahaja penyumbang kepada obesiti. Bagaimana pulak dengan nugget, aiskrim, hotdog dan macam-macam lagi serba mak nenek yang budak-budak sekolah ni makan. Adakan yang lain tu tak menyumbang kepada kegemukan.

Saya sangat bersimpati dengan 'fenomena' ini kerana yang terkena tempiasnya bukan sahaja tukang-tukang kantin tetapi juga peniaga-peniaga warung tepi jalan yang kebanyakannya orang Melayu Bumiputera. Kasihan depa semua. Mungkin sehari dua ni collection mereka akan berkurang. Biar sesedap manapun nasi lemak mereka, tentu mak bapak dan pelajar trauma sebentar untuk menikmati nasi lemak yang begitu sinonim sebagai hidangan di waktu pagi. Nasi lemak yang telah menjadi rutin orang Melayu dan rakyat Malaysia dari sebelum merdeka lagi pasti akan jatuh merudum jualannya.

Bagi saya nasi lemak tu ok ja... takdala saya gemuk masa kecik-kecik dulu walaupun hampir setiap hari melantak nasi lemak sebelum dan semasa di sekolah. Maintain...

Wahai kementerian yang terbabit, kaji dahulu adakah pelajar-pelajar ini membakar semula 'lemak' dari nasi yang mereka dah makan tu. Jangan dibakar kelambu dek kerana nyamuk.

Cikgu-cikgu Pendidikan Jasmani... hah tunggu lagi! Pastikan anak didik anda bersenam setiap hari. Gunakan sepenuhnya masa PJ tu. Jangan biarkan terlupa membawa baju menjadi alasan untuk tak bersenam. Jangan hanya mengangguk ja bila masa untuk subjek anda dicuri subjek lain. Lawan tetap lawan (takut jugakla kalau itu arahan gurubesar @ pengetua).

Mustahil jugak no! Apa boleh buat kadang-kadang (mungkin selalu) subjek PJ pun cikgu lain dah 'curi' demi nak menggantikan subjek yang ada peperiksaan besar (arahan bos da). Makanya PJ pun makin dipinggirkan. Adakah janji kementerian terbabit "Seorang pelajar satu sukan" menjadi kenyataan. Harap-harap jadilah. Maka ini salah satu penyelesaiannya. Obesiti akan dapat dikurangkan dan nasi lemak akan boleh dijual kembali di kantin-kantin sekolah. Tokey-tokey warung kecil-kecilan di tepi jalan pun akan kembali tersenyum kerana peminat-peminat cilik nasi lemak akan kembali membanjiri warung mereka.

Nota: Saya sepenuhnya tidak bersetuju dengan pengharaman penjualan nasi lemak di kantin-kantin sekolah. Poco-poco boleh dihalalkan, nasi lemak pula 'diharamkan'. Fikir beb fikir.

3 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya juga nasi lemak tu mmg xde masalah, sama jgk dgn Che Hisyam katakan, mcm mana plak dgn pembakaran lemak tu sendiri, tiap-tiap manusia mempunyai genetic yg berbeza, maksudnya tak mkn nasi lemak pn boleh gemuk because of their in the blood daripada family, maybe family diaorg ada yg gemuk. Saya mencadangkan agar kementerian dapat fokus kepada jalan penyelesaian yg lebih efficient, tambahan guru-guru P.J, tambahankn masa utk P.J tu, sudah terbukti jika badan sihat minda cerdas, so buat la fitness test utk tiap2 bulan or dua bln sekali dan masukkan report fitness test tu dlm report card selain dr BMI. BMI tu pn sendiri tidak membuktikan samada pelajar tu sihat ataupn tidak Body Mass Index menyatakan hanya isipadu & Jisim badan shja.

Itu sahaja yg saya cadangkan, nasi lemak ini pn mmg dh jadi tradisi masyarakat Malaysia, mmg klu x pekena nasi lemak mmg x sah, ada juga kajian dari S'pore, tp lupa ape nama journalnya, menyatakan obesiti berlarutan disebabkan oleh makanan tradisi yg telah diolah resipinya utk menjadikan lebih sedap & sambil tu meningkatkan keuntunagn peniaga, ape yg disarankan ialah megubah mind setting masyarakat akan datang dengan membiasakan anak-anak mereka makan makanan yg lebib berkhasiat, cthnya kita mmg x lekang dari makanan tradisi sbb dari kecil lg parents kita dh asah kita utk mkn makanan mcm nasi lemak, roti jala, teh tarik, kuih muih dan mcm2 lagi, so tu sbbnya klu bfast tak ada makanan-makanan n minumam mcm ni mmg x sah, so kerajaan S'pore menyerankan supaya ibu bapa mengasah anak-anak mereka supaya bfast seperti sandwich, cereal dll lagi.

so mcm mana ye, nak tinggalkan tradisi or nk memperjuangkan tradisi?? fikir-fikir.

Kakikanan said...

salam sir..
ala..ni sume propaganda jer sir..
tengok ler 'siapa' menteri kemetrian terbabit..
orang apa?..
rata2 yang jual nasi lemak..bumiputera atau melayu..
bisnes2 besaq pun 'depa' pegang..tu pun xckup..nak cantas jgk bisnes kecik2 org melayu..
u.s,mexico n u.k antara negara plg tggi obesiti..depa xmkn pun nasi lemak..obes jgk kan?..

Unknown said...

Nasi lemak pulak di salahkan..Bukan bukan salah nasi lemak pun sebenarnya..kementerian nak salah nasik yang sedap tu..budak2 memang kalau sedap die lantak je..parents dan cikgu yang kena perhatikan tu..jangan sebab budak obese, periuk nasik penjual nasi lemak di tutup..Tak salah makan tapi kena pada jumlah and masa..jangan pulak melantak nasi lemak pagi, tea break, lunch, dinner, supper..yang tu memang boleh obese..Lagi satu, kalau nak tengok kan..sekarang ni sekolah lebih pentingkan akademik pelajar..hal lain spt kecergasan di perlekehkan..sebab tu banyak beza pelajar dulu dan sekarang..kalau ajak bsukan je, budak2 lemah lutut..rasa nye kurang aktiviti kecergasan kat sekolah pun reason obese..cuba gunakan masa Pendidikan Jasmani tu untuk berjasmani..jangan di biar budak duduk tepi gelanggang je..Nak salahkan sorg memang tak jadi..semua ni melibatkan banyak pihak.. :)