Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 12 April 2012

Kembali Mencoret

Aduhai dah lama betul saya meninggalkan blog nie. Dulu-dulu rajin menegur orang agar laman sesawang agar tak bersawang. Bila dah kena dengan diri sendiri baru padan dengan muka.

Diam tak diam dah sebulan lebih saya sekeluarga berada di negara yang menjadikan kanggaru sebagai ikon negara mereka. Kalau pada tahun 2007 selama setahun saya di Bendigo, kali ini Melbourne pula menjadi lokasi untuk pencarian ilmu dan pengalaman selama 3 tahun, Insya-Allah.

Syukur, Alhamdulillah detik 2210 pada tanggal 6 Mac 2012 saya sekeluarga selamat berangkat dengan pesawat MH149 dari KLIA ke Melbourne. Terima kasih kepada saudara mara, jiran-jiran dan rakan taulan yang sudi mengiringi kami sekeluarga sehingga ke KLIA.

Di Tullamarine Airport, Melbourne kami disambut oleh saudara Syed Ashrene dan Puan Nazura serta suami. Terima kasih kepada Syed Ashrene sekeluarga kerana sudi menumpangkan kami selama seminggu sementara saya berusaha mendapatkan rumah sewa. Syed Ashrene jugalah membantu saya ke hulu ke hilir untuk pendaftaran di uni,membuka akaun bank, mendapatkan talian telefon dan macam-macam lagi. Maklumlah ketika ini saya masih belum berkenderaan. Jasa Nurul (isteri Syed) juga tidak saya lupakan kerana terpaksa sibuk di dapur memasak dan menjamu 'ahli keluarga tambahan' selama seminggu. Jasa Syed Ashrene sekeluarga sudah tentu tak akan saya sekeluarga lupakan hingga bila-bila.

Genap seminggu saya sekeluarga mendapat perkhabaran menggembirakan. Azure, agen rumah menelefon dan memaklumkan permohonan saya untuk menyewa sebuah rumah di Mill Park telah berjaya.

3 comments:

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

Assalamualaikum Cik Hisyam apa khabar tahniah menyambung pelajaran lagi Phd ke? lam tak contact harap terkhabar sihat org di ausie sana tu? Semoga sekeluarga sihat hendaknya dan berjaya pulang bawa kejayaan. Jojet ada nak buat kem 6-7 JUNE 2012 di Broga macam mana nak contact PERLU. Terima kasih

HiCMat said...

Wa'alaikumussalam Jojet, Alhamdulillah saya sekeluarga sihat. Ya sambung PhD. Doa2kanlah dipermudahkan kehidupan di sini. Untuk dapatkan pembantu untuk kem tu boleh contact Pn Suhana Aiman.

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

Tahniah sekali lagi kami semua mendoakan kejayaan Cik Hisyam lepas nie panggil Dr Hisyam hehe alamk no tepon cik Su takdelah