Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 16 July 2009

Kasi Tambah Sikit!

Alahai 'dia' duduk bertenggek la pulak kat dalam tandas tu. Siap rambut panjang lagi. Jam 10.00 pagi pun dia dah muncul. Kalau dulu waktu tengahari atau malam saja. Sekarang ni dah 'kerja' overtime la pulak.

Ada staf yang jumpa 'dia' tengah usap bulu kucing dekat depan Makmal Komputer. Terkejut sakan staf tu. Pakai 'kebaya' putih labuh lagi. Baju rasmi la katakan. Kalau kes ketuk pintu tu usah cakap la. Ramai sangatlah staf yang terkena. Ada juga yang datang awal pagi dan terdengar bunyi bising seperti orang sedang berkenduri tetapi tak nampak apa-apa pun.

Itulah sebahagian daripada kisah misteri yang saya dengar dari rakan-rakan staf dan pelajar di Fakulti. Ada cerita tu siap ditokok tambah lagi untuk disedapkan ceritanya [selalunya begitulah]. Mungkin nak bagi orang lebih gerun kot.

Untuk pengetahuan semua, 'makhluk' tu memang wujud tapi janganlah sampai kita terlalu taksub dan takut sampai tak jadi apa kerja pun. kalau 'dia' muncul pun depan kita apa nak buat, layan ajalah. Dah 'dia' berkenan dengan kita.

Jadi apa-apa pun dugaannya, banyak-banyaklah bersabar wahai warga fakulti. Jangan sampai masuk tandas pun pejam mata. Iyalah takut ternampak apa yang sepatutnya taknak dinampak.

13 comments:

aboy said...

fffuuhhhh...
Lain macam je bunyi nye boss...
Seram jugak citer nye ni...
Tapi xpe,semua pun makhluk Allah juga..
xde kuasa yg lbih hbat dari kuasaNya..
So,lebih baik takut pada Allah...

elham said...

hehe..
pejam mata masuk toilet..
kelain lak tembaknya..
:))

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

aik?ingat kan kat instedt je yg ada. tp kat fsr pun ada jugak..ish3..sekali dia bukak cawangan lah.

Liza Azahar said...

Just inform kat dia. I pun a business jugak. Jangan kacau I. Pie main jauh2. Kalau I lambat masuk opis, nanti bos tak bayar gaji I pulak. I tak kacau u dan u jangan kacau I. Okay! Same case when I work at one of the big building in Jalan Sultan Ismail.

kro said...

emm..
hehe.. x yah la nk ttp mate la kalu nk msk tandas lelaki.. bukak sluar jer dier dah tutup mate dulu.. lg seram siot..haha..

yazilahyazir said...

iskh..takutnya..
jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri...
hhehehehh

good day boss

HiCMat said...

Yazilah,
Ghostbusters diperlukan. hahahaha

perjalanan said...

crita kt tv n wayang skrg pun asyik crita 'depa' je...'depa' pun terasa popular la...tu yg asyik nk inteframe je, haha...


salam perjalanan...

myWAY said...

betul la lan..
diorang ni dah terlebeh famous dari artis mnalaysia pun...

cuma xder kategori utk award jer lagi..

manjun said...

hah..saya da kol seeker da pemburu hantu..dia kata ondawei pakmunawei!!siap2la pakai Kostium n stay kat tempat biasa(para-para hantu sekalian)..

imayo said...

saya da bagitau kat antu2 tu jugak soh pi jengok 'BOSS'..tapi jangan waktu lunch datang waktu petang sket..slalunya boss xblk lg masa tuh..Fuhhhh...Kunfayakun..haha tak tau..

HiCMat said...

imayo,
eeee takutnya...

Roland Robert Imbang said...

Salam Boss...

Macam tau2 plak saya bukak blog Boss arinie pasal "makhluk Tuhan" ni. Kebetulan sekolah tempat saya praktikum skarang bkumandang citer pasal "makhluk Tuhan" ni. Kata org kampung, ia sering menumpang kereta yang lalu lalang..Seram gak kalu lalu kawasan tu lebih2 lagi waktu malam...