Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 5 May 2008

Semangat Sepasukan

Semalam saya selesai menjalankan satu lagi tanggungjawab sosial untuk negara tercinta. Mengendalikan program motivasi dan Team Building untuk pasukan badminton negara seramai 20 orang. Mereka akan ke Jakarta pada 8 hingga 18 Mei 2008 untuk merebut Piala Thomas dan Uber.

Saya ke sana atas jemputan sebuah konsultan.

Menariknya kali ini saya perlu berdepan dengan atlit-atlit elit yang bertaraf dunia. Kebiasaannya atlit-atlit elit sebegini mempunyai ego yang tinggi. Tentu sukar untuk saya dan rakan-rakan konsultan untuk mengubahnya. Tentu ada campurtangan jurulatih-jurulatih mereka ketika saya ingin menjalankan aktiviti dan ceramah. Itu tanggapan awal saya.

Namun sebaliknya berlaku.

Sesungguhnya pasukan badminton negara ini sungguh profesional. Kem kali ini lebih ceria dan berjaya dengan komitmen tinggi yang diberikan oleh para atlit. Disiplin diri mereka memang tinggi. Ketepatan masa dijaga.


Tidak kurang juga dengan jurulatih. Kadang-kadang jurulatih profesional seperti Yap Kim Hock, Rexy Mainaky dan Pang Cheh Chang pula yang ter'over'. Mereka pula seperti peserta. Bersungguh-sungguh cuba menyelesaikan masalah dari permainan pembinaan pasukan yang saya berikan. Sampai terpaksa saya halang mereka. Kata saya: "Coach... bagilah peluang kat atlit kita pula, bagilah peluang mereka mencuba".

Pada awalnya saya dimaklumkan pasukan ini masih lagi belum mengenali antara satu dengan yang lain. Maklumlah dalam pasukan kali ini ada tiga generasi pemain iaitu veteran [Choong Tan Fook, Lee Wan Wah dan Wong Choon Han], senior [Lee Chong Wei, Wong Mei Choo, Muhammad Hafiz Hashim dan Wong Pei Tty] dan junior [Mohd. Arif Abdul Latif]. Pasukan Piala Uber pula masih lagi dengan sikap individualistik mereka. Sebabnya, aku senior engkau junior.

Namun seperti yang dilapurkan di dalam media-media utama di Malaysia, kem ini sedikit sebanyak telah membantu mengubah mereka. Kem bina pasukan dan motivasi ini telah menjadi medan untuk setiap pemain mengenali antara satu sama dan seterusnya memupuk keyakinan diri. Selain itu juga inilah masanya untuk mereka 'lari' daripada tekanan Piala Thomas/Uber sambil menjalankan aktiviti yang selain daripada menjalani rutin harian [latihan].

Mereka ini juga saya terapkan dengan konsep kesyukuran. Bersyukur kerana terpilih sebagai pemain-pemain badminton bertaraf dunia di dalam negara yang mempunyai 27 juta ini. Sesungguhnya mereka semua sungguh bertuah.

Saat mendengar maklumbalas daripada keseluruhan jurulatih yang hadir selepas kem tamat adalah sesuatu yang mendebarkan. Alhamdulillah, kesemua jurulatih memberikan maklumbalas positif. Mereka begitu terkejut dengan perubahan positif yang melanda pasukan badminton negara. Majoriti jurulatih mengatakan pasukan yang mereka bawa pulang daripada kem ini telah menjadi satu pasukan yang berbeza daripada sebelumnya dari segi semangat berpasukan. Memandangkan Piala Thomas/Uber merupakan pertandingan berpasukan, maka semangat sebegini amat diperlukan. Semangat sebagai sebuah keluarga yang sanggup berjuang.

Saya bersyukur kehadrat Illahi kerana diberikan idea dan seterusnya dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk menjayakan program motivasi dan pembinaan pasukan ini. Terima kasih kepada Total Adventure Consulting & Training yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bersama-sama Team TACT untuk melaksanakan program ini.

Nota: Anda boleh melayari pengalaman salah seorang daripada Rembang Waktu di sini.

Foto-Foto Sekitar Program Motivasi dan Team Building












3 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Well done and Tahniah. Harap-harap para atlit nie dapat melaksanakan apa yang telah dirancangkan.
Tahniah juga kepada Boss kerana sanggup meluangkan masa kali nie. BUkan senang nak import Ketua Lanun.
Selain tu untuk Lanun-Lanun lain yang turut menyumbang, SYABAS dan tahniah kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sosial.
Kepada REmBaNg WaKTu, kena adjust sikit blog anda di bahagian komen, Penjengok Penjengok Tegar tak dapat nak berikan sebarang tatapan.Good Job of having your own blog.

Cheers ......

HiCMat said...

Penjengok-penjengok Tegar,
Masih terngiang-ngiang lagi lagu Semangat Sepasukan yang dinyanyikan bersama-sama skuad badminton negara. Antara bait-bait lagu tersebut:
Semangat Sepasukan, menjalin ikatan setiakawan.
Semangat sepasukan, mengukuh ikatan persahabatan.
Menjunjung pusaka warisan.

Anonymous said...

rembang waktu said:

betul apa yang HCM ckp. saya pon kekadang mulut ni terikut-ikut nyanyi lagu tu...
best n semangat la plak...