Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 2 December 2010

Anugerah

Aku bekerja hari ini hanya kerana Allah subhanahu wata'ala!

Alhamdulillah setelah berkhidmat selamat beberapa tahun di UiTM, akhirnya saya mendapat satu anugerah. Mungkin bagi sesetengah orang anugerah ini hanya ganjaran kecil dan seterusnya memperolokkan si penerima, namun bagi saya ianya cukup bermakna sebagai ganjaran selama saya berkhidmat di UiTM.

Anugerah ini bukannya untuk dibanggakan tetapi bak kata Dato' VC di dalam warkahnya, "...kejayaan tuan akan menjadi contoh dan teladan .... untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja selaras dengan matlamat UiTM.

Di sini saya berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen dan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh serta lebih dedikasi demi anak bangsa di UiTM terutamanya.

Terima kasih UiTM. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Terima kasihSesungguhnya UiTM senantiasa di hatiku.

7 comments:

cebad said...

tahniah. keikhlasan utk membantu melalui ilmu amat dihargai. pengiktirafan yg tersurat dan tersirat sepatutnya dah lama anda terima. tahniah sekali lagi

wegreentheearth said...

tahniah bos...

Josey Patrick said...

Tahniah che Hisyam..sesungguhnya che Hisyam layak menerima nya..you the one of my role-model in UiTM..thumb-up..

-A.N.G.A.H- said...

Tahniah En Hisyam.. Segala usaha dan kerja kuat En Syam di perhatikan dan di hargai....

HiCMat said...

Cebad: Anda lagi layak. Saya 'kecil-kecilan' sahaja.

Mus, Josey & Angah: Terima kasih. Selagi dikurniakan kudrat, kepada UiTM kutabur bakti.

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah diatas anugerah yg telah diterima...

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

tahniah bos, anugerah adalah penghargaan diatas pengorbanan kita. dan pengorbanan yang bos dah buat dan taburkan untuk mendidik anak MELAYU macam saya amat saya hargai. Ilmu yang bos berikan memang berkat. Tahniah!!!