Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 7 July 2009

Cerewet

Sepatutnya semalam saya ada taklimat untuk pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan praktik. Bersemangatlah saya menyiapkan segala dokumen dan slide untuk dibentangkan di hadapan pelajar-pelajar ini.

Apa yang dirancang tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Kebanyakan mereka datang dengan berpakaian yang tidak mengikut sahsiah rupadiri yang sepatutnya untuk hari Isnin [Nota: warga UiTM sepatutnya telah sedia maklum bahawa hari Isnin merupakan hari Korporat di UiTM di mana pelajar lelaki perlu memakai kemeja dan bertali leher dan wanitanya berbaju kurung].

Saya 'halau' semua yang tidak berpakaian seperti yang sepatutnya. Zalimnya saya. Segala alasan yang diberi tidak saya layan. Kesudahannya daripada 28 yang akan berpraktikal, tinggallah hanya enam orang sahaja yang mengikut sahsiah rupadiri sebenar dan dibenarnya untuk berada di dalam sesi taklimat yang akan saya sampaikan.

Aduhai budak-budak ni... belum lagi ke lokasi praktikal dah buat perangai. Susah sangatka nak ikut peraturan tu. Kenapa nak cari pasal. Takkan mereka dah lupa bahawa mereka masih lagi pelajar UiTM dan perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Maka terpaksalah saya pindahkan lokasi taklimat tersebut dari bilik kuliah ke bilik pejabat saya. Habis... dah enam orang sahaja. Buang tenaga sahaja berdiri depan kelas bagi taklimat.

Budak-budak ni pun panjang akal. Sebaik sahaja saya selesai bagi taklimat kepada enam orang yang pertama, maka masukkan kumpulan yang kedua pelajar yang akan berpraktikal untuk mendengar taklimat. Semua buat muka seposen. Pakaian yang dipakai lebih kurang sama sahaja dengan kumpulan yang pertama. Rupa-rupanya mereka meminjam pakaian dari pelajar kumpulan pertama tadi. Begitulah juga untuk kumpulan berikutnya. Pakaian yang sama, tetapi dipakai oleh individu yang berbeza.

Saya sebenarnya bukan nak menganiayai atau menyusahkan pelajar-pelajar ini. Sepatutnya mereka perlu sedar bahawa hari Isnin adalah hari Korporat. Ikut sajalah. Semua senang kan. Saya pun tak perlulah bersusah payah buat taklimat sampai empat kali. Banyak kerja lain lagi boleh diselesaikan.

Semoga pengalaman yang sedikit ini akan menjadi pengajaran berguna kepada kumpulan pelajar-pelajar ini.

4 comments:

teamtact said...

Salam....

Betul dan saya setuju dengan tindakan tu.... Mereka bukan pelajar yang baru daftar masuk... mereka adalah pelajar yang sudah lama malah dah nak habis belajar dah pun.... mereka-mereka ini lah yang menjadi contoh kepada junior2 lain....... dan adalah sepatutnya mereka meninjukan contoh dan teladan yang baik.....

harap-harap mereka belajarlah dari kesilapan......walaupun dah banyak kali silap...

FoO dA fIrSt#1 said...

tak sungguh tak kata...

aboy said...

Hahahaha..Betul tu... tapi xpa,Kat opis dah ada budak praktikal kan...apa lagi????hahaha.....

aboy said...

betul la tu boss.....
Biar dorang rasa skit...