Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 4 September 2009

Terbabas

"Alahai kuliah pagi kenapalah engkau ada. Kalau tak ada kan best!". Mungkin itulah yang menjadi igauan ngeri kepada sebahagian daripada pelajar-pelajar di bulan Ramadhan ini [saya pun pernah jadi student beb]. Kalau boleh mereka mahu tidur sahaja selepas sahur dan bangun lewat dan memulakan kuliah seawal jam 11.00 pagi. Mana mungkin. Bahasa kasar yng boleh diungkapkan di sini adalah... buat universiti sendiri sahajalah. Baru boleh mula kuliah ikut suka.

Saya dapat melihat sendiri trend yang berlaku di bulan puasa ini. Kelas di awal jam 8.30 pagi ramai yang terbabas. Bukan kuliah saya sahaja tetapi pensyarah yang lain pun turut mengadu perkara yang sama. Saya jangkankan dan percaya golongan pelajar ini tidur sebaik sahaja selesai bersahur. Maka apabila perutpun dah kenyang burghhhh... tidur pun menjadi nyenyaklah. Mereka terlupa sebentar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar di universiti iaitu untuk menghadiri kuliah.

Kasihan kat mak ayah mereka di kampung. Sudah tentu mak ayah menyangkakan anak-anak mak ayah ini sedang mentelaah pelajaran atau menghadiri kuliah di awal-awal pagi ini. Rupa-rupanya anak-anak mak ayah ini sedang lena diulit mimpi. Bila dah terjaga/tersedar... matahari dah tinggi. Terbabas dek penangan bulan puasa. Ruginya...

Hai lah adik-adik... cepat-cepatlah tersedar. Exam semakin hampir. Assignment semakin menimbun. Test atau quiz memang dah dekat. Jadi apa lagi... Wake up wake up hoi!

9 comments:

"PENUNGGU MALAM" said...

kpd adik2,akak2.abg2..
jgn ponteng sekali pn..kalau dah sekali mesti nk ponteng lagi dan lagi sbb dh terbiasa..cuba sedaya upaya dtg semua kelas..ini tips yg boleh diguna pakai..

Haron said...

ini kes biasa dalam kemalangan. Nak buat macam mana brek tak makan, terbabaslah....so berhati-hatilah. Jangan jadi macam ular sawa, lepas makan ......zzzzzzzzz

REDZUAN said...

Janganlah disalahkan brek tu bro...
Ni baru alam pembelajaran.. Kalo dah masuk alam pekerjaan.. Baru depa tau dalam sebulan tu berapa kali kene buang kerja.. Disiplin adalah yang pertama dalam kehidupan..
Harapnye, adik2 dapat berubah selepas ini..
Hijrahkanlah diri anda di bulan Al-Mubarak ini..

Salam Ramadhan

HiCMat said...

Redzuan,
[Hijrahkanlah diri anda di bulan Al-Mubarak ini..]

Saya suka perkataan HIJRAH tu.

yazilahyazir said...

Salam Boss..
alasan terbabas tu mmg tak bole diterima la... kalo nak ikutkan, patutnya makin cepatla diorang sampai kelas pasal bangun awal... perut pun kenyang lagi, so tenaga tu masih banyak lagi...patutnyer cergas dan cerdas

teamtact said...
This comment has been removed by the author.
teamtact said...

Salam rekreasi....

KAlau kat kem boleh tak tido 3 atau 4 hari.... ini sikit punya rasa ngantuk takan tak boleh lawan.... nasib baik posa, kalau tak kita bancuh air kunyit 2 gelen bagi hampa minum......

aboy said...

Errmm....teringat saya terbabas masa kelas bos dulu..=)...Kelam kabut rushing gi pool..hehe...KEnangan2...

rino-nong said...

hijrah itu pengorbanan.