Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 7 September 2009

Mengatasi Acrophobia

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana kesemua pelajar PLK FSR/PDRM dan e-PJJ yang hadir untuk sesi amali Abseiling telah selamat menjalankan dengan jayanya. Tak sangka la pula penangan aktiviti ini hingga menyebabkan mereka tidak lena tidur selama hampir seminggu.

Saya faham perasaan mereka. Semua insan yang normal akan merasainya. Gayat. Takut tinggi. Acrophobia yakni takut kepada tempat tinggi ataupun ketinggian.

Hanya orang yang mempunyai masalah mental sahaja [Nota: Maaf kalau terlalu kasar perumpamaan ini] yang langsung tiada perasaan. Iyalah... apabila dah berdiri di tebing yang tinggi dan hanya 'diikat' dan bergantung nyawa pada dua utas tali yang tidak diketahui sejarahnya... siapa tak takut.

Jelas terpancar di wajah mereka keresahan dan dapat disaksikan dengan jelas pelakuan dan perasaan yang tidak tenteram bermula dari mereka mula menaiki lif untuk ke Tingkat 11 sehinggalah sampai saat melangkah palang yang mengasingkan 'Abseiler' dengan 'Despatcher' dan penonton yang lain.

Pengalaman saya mengendalikan aktiviti abseiling ini boleh anda jenguk di sini dan juga di sini.

Sebenarnya saya ada beberapa tips untuk mengurangkan Acrophobia. Sengaja saya tidak war-warkan sebelum aktiviti bagi memberikan peluang kepada pelajar-pelajar ini merasai sendiri saat-saat 'indah' di tebing tinggi.

Di sini saya coretkan dua kaedah yang boleh diamalkan. Antara langkah-langkah mengatasi Acrophobia yang pertama adalah dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Ini kerana dengan menarik nafas sebegini, ianya dapat memperlahankan kadar denyutan jantung dan meningkatkan pengaliran oksigen ke otot-otot dan ianya mengelakkan ketegangan [Nota: Muka pun taklah nampak pucat sangat].

Seterusnya ada satu lagi kaedah. Tapi ianya kurang realistik la pulak. Senang sahaja elakkan sahaja aktiviti tersebut. Bagaimana caranya... ponteng sahaja amali di tempat tinggi. Kan senang. Cari alasan. Tak payah menghadap dan merasai suasana di tempat tinggi. Cari sahaja MC. Tapi sampai bila ya nak melarikan diri dari kenyataan.

Walau bagaimanapun, tak sah kalau saya tidak mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah mencuba dan selamat mencuba kepada mereka yang masih belum merasai detik 'indah' di tebing tinggi. Ingatlah sampai bila anda mahu mengelakkan diri dari mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ini.

Nota: Terima kasih kepada Alumni, PERLU dan pelajar SR221 yang turut serta membantu. Jazakallahu khairan khatira.

20 comments:

cebad said...

lama dah tak buat benda ni. teringin jugak nak turun kepala dulu atau berlari ke bawah. mungkin boleh lumba lari dgn seorang pelajar plk pdrm B)

ShAriFfAh NoR Binti Mohd Din said...

salam cik Hsyam..trima kasih diatas segala tunjuk ajar..selamat jua akhirnya..kaedah cik 2 comform wat masa flying fox nanti hehe

olie_8 said...

teringat kembali masa semester lepas cls kami mengadakan activity ini...kerna abseiling ini juga sy tdk lg gayat..tq sir

aboy said...

:-)...kenangan di menara pasti dikenang..
Xtvt pertama masa kelas bos dulu..
Walau macam mane gayat pun masa tu,kena control macho... banyak mambang2 dri fkulti lain usha masa tu..haha...

HiCMat said...

Cebad,
Boleh rasanya... set aja tarikhnya, pasti ada wakil PLK menunggu.

Sharifah,
Jangan guna kaedah ke-2 sudahlah.

Olie_8 dan Raziff,
Itu rendah ja. Lepas ni boleh try Menara S&T Tingkat 22 pulak.

Haron said...

Salam,
Satu kerugian bagi mereka yg tak cuba. Sekurang2nya boleh juga bercerita pengalaman yang ada pd kita dan tiada pd orang lain. Tq sifu.

REDZUAN said...

betul tu bro haron..
bukan senang nak merasai pengalaman mcm beng hock tengok bawah tu.. tinggi siot..

ThE C0NvErTeR said...

MEMBACA POST NI, TERINGAT MASA BACH SAYA M'BUAT SESI AMALI YG SAMA KAT MENARA...MANA TAK NYER, DINIE TAK KERUAN JADINYA TIME NAK TURUN KAT BAWAH..HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHE.

NICE POST CHE HISYAM...

teamtact said...

Assalammualaikum...

saya ada lagi satu tip untuk hilang gayat.... sebelum turun kita pandang bawah secara berperingkat..... contoh dari tingkat 11... kita pandang ke bawah step by step.... kalau saya, cara ni selalu berkesan....

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Satu lagi tips....
Kitaaa minummmm duuuluuuu......

Haron said...

PPT its a good idea, siapa punya air gatorade perisa oren yang ada kat tepi tembuk tu! foooh...sedapnya

cy_sumandak said...

salam boss....

ridu nak join aktiviti..teringat masa lalu..hehehehe...best sangat..

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Che Haron,
Memang betoi, intipan saya masa tu sahih belaka dan jugak membuat tekak tak senang hati... Tapi saya tahu sapa tuannya..

joe_rowkk said...

salam semua...tq boss untuk apa-apa aja.tapi kalaw ada xtviti abseiling& REPELLING NI cntact2 ar x puas nak turun ..hu..aritu dapat turun sekali jer..ok kepada bro-bro ,..en.mazlin,adik2 yang membantu masa 6/09 aritu saya ucapkan terima kasih..enjoy.....

apaiA4 said...

Salam....
saya ada kawan kat KLCC, dia kata dia jaga bangunan tu...camne...ada berani ke...

rino-nong said...

nak tahu tuan punya air 2? tapi kan masa wa letak air 2, nyak mata menjeling tau. tak baik nti batal posa. x pe nti wa bawa botol besar k.

Brian Benson said...

Tentang air tu adalah rino yang punya..he2

ShAriFfAh NoR Binti Mohd Din said...

salam.sebagai perisik sy juga mengesahkan RINO yang punye hehehe

Haron said...

Rino,
lain kali bila minum@makan, pelawalah. Ajak2 ayampun jadilah.

kakkoi6779 said...

A'Kum
Pasal air koi lagi sensara, mana daknya dia minum sewaktu kami dlm lif, alamakkk baunya menusuk hidung, bau oren lagi tu.... hantu dak Rino.