Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 2 September 2009

Teruja

Betul... saya teruja apabila menjenguk ke blog-blog blogawan PLK FSR/PDRM dan e-PJJ. Saya yakin penjenguk-penjenguk sekalian juga dapat melihat perkembangan positif ini.

Alhamdulillah setelah saya kemukakan peringatan pada kuliah yang lalu, mereka kembali ke nawaitu asal penghasilan blog. Mereka pantas bertindak. Pantang ditegur, tangkas bergerak. Mereka ini adalah daripada golongan yang ingin berubah.

Perkembangan sebegini diharapkan dapat diteruskan sehinggalah 'wisel penamat ditiupkan' bagi menandakan markah akan dimuktamadkan. Sebab markah ke?

Sesuatu bermain di minda saya apabila menjenguk dari blog ke blog mereka. Adakah blog ini akan terus wujud selepas mereka mendapat apa yang diidamkan ataupun ia akan berkekalan selagi hayat dikandung badan. Hanya masa yang akan menentukan.

Walau bagaimanapun saya ingin mengucapkan syabas kepada BLOGAWAN-BLOGAWAN TERBABIT di atas usaha mereka mencuri/mencari peluang mengemaskini blog masing-masing dengan coretan pengalaman masing-masing di kala kekangan masa akibat tugas/rutin harian [Nota: Jangan terlebih bangga ya]. Apapun...TAHNIAH!

Nota: Masih terdapat blog-blog yang masih kekal bersawang biarpun telah diberi peringatan. Mereka ini masih terus menduduki CARTA TERBAWAH senarai blogawan PLK FSR/PDRM dan e-PJJ dari segi pengemaskinian. Masih bertuankah blog tersebut? Apa dah jadi?

8 comments:

Jose' Patrick said...

penghasilan2 blog penangan daripda en. sendiri memang berhasil. nmpk gaya'y penerapan pendidikan melalui blog sememangnya memberi manfaat kepada plajar yg kini bergelar bloggers. sebarang informasi bole dikongsi disamping menjadi lapangan coretan bersama. kena dgn nama blog en. coretan dikala senggang, memang berbalo-baloi..he..

josey

hisyamchemat said...

Josey,
Benar bagai dikata. Teruskan menulis di blog anda.

Mohd Hazriq Abu Zarin said...

SALAM,
SAYA PN DAH START UPDATE BLOG SELEPAS SETAHUN DITINGGALKAN..HARAP EN.HISYAM MSUKKAN NAMA BLOG SAYA DLM BLOG LIST DI KALA SENGGANG..TQ

Haron said...

Boss, terima kasih. Kami sebenarnya, sejak zaman pengkomputeran ini bermula hinggalah la ni, memang tak pernah cit cat @ berblogger. So, kita ambil kesempatan ini untuk uji bakat masing-masing. Ini juga salah satu usaha utk eratkan silaturahim. Dpt juga pahala.

Brian Benson said...
This comment has been removed by the author.
Brian Benson said...

Terima kasih en. Hisyam. Saya akan kekalkan blog saya ini walaupun, telah mencapai apa jua sasaran di hadapan...

kakkoi6779 said...

A'Kum
Terima kasih En. Hisyam telah mengingatkan koi pasal blog ni,koi bukan malas nak up date blogger koi,tapi ada hal sikit, Tu yang nak cerita ni.... tu la pasal gambo banyok yang tak ada lagi, kelas minggu lepas nak copy ngan geng, kutu awal-awal dah sound "SAPA-SAPA YG TAK ADA USB 4 GIB JGN DATANG JUMPA AKU....." tp jgn takut koi dah beli USB baru. Insyaallah minggu dpn koi up date kan.

PPT said...

Apa susah...
Face The Wall....