Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 15 December 2009

Baguslah Bagusnya

Baguslah... Skuad Bolasepak Bawah 23 tahun Malaysia kendalian Rajagopal dah layak ke Perlawanan Akhir untuk Sukan SEA di Laos. Tahniahlah kepada mereka kerana berjaya mengekang serangan demi serangan yang tidak henti-henti daripada pasukan Laos dan akhirnya mencatat kemenangan 3 gol berbalas 1.

Bukan saya tak reti bersyukur, tetapi kalau nak diikutkanlah... pasukan Rajagopal perlu menang dengan jaringan yang lebih besar. Iya lah... kita kan dah ada macam-macam fasiliti yang hebat. Memang jauh sangatlah ketinggalannya negara Laos tu kalau nak dibandingkan dengan negara kita. Tenaga pakar dan teknologi pun memang berpihak kepada kita. Maka memang sewajarnyalah kita menang dengan lebih bergaya. Jadi tiada apa yang boleh dibanggakan sangat. Sepatutnya pasukan bolasepak kita dah setaraf dengan jaguh-jaguh Asia yang lain seperti Jepun dan Korea Selatan. Kalau setakat berbangga dengan Sukan SEA sahaja... tak ke mana la jawabnya. Maaf la kalau komen di atas terlalu keras, kasar atau menghina. Saya rindukan saat-saat kegemilangan pasukan bolasepak negara kita. Bolehkah ia berulang?

Bagusnya pemain-pemain Laos ni. Mereka bersemangat menyerang biarpun sudah ketinggalan. Mereka mengejar bola dan bukan orang yang dicari. Nampak macam mereka lebih cergas daripada pemain Malaysia sendiri (berdasarkan pemerhatian sendiri). Tahniah kepada Raja Firhad kerana telah berjaya membentuk kecergasan pemain-pemain Laos dalam tempoh tak sampai 6 bulan seperti yang telah diberikan oleh pengurusan negara tersebut.

Bagusnya penonton-penonton Laos ini kerana nampak lebih berdisiplin. Tak kelihatan pula botol-botol air, plastik-plastik air (ada sesetengahnya diisi dengan air kencing) dan tempat-tempat duduk yang berterbangan dan menghiasi tepi-tepi gelanggang perlawanan. Tidak kedengaran dan kelihatan juga bunyian dan percikan bunga api dan mercun tanda marahnya penonton kepada pengadil dan penjaga garisan dek kerana ketinggalannya pasukan mereka kepada lawan. Nampak macam berdisiplin dan berhemah sahaja penonton-penonton Laos ni. Kenapa ya kenapa! Mungkin saya yang salah pandang atau mendapat maklumat yang tak betul. Mungkin juga di luar stadium baru penyokong-penyokong Laos 'mengamuk' dan membakar kenderaan polis. Tak tahu lah pulak. Tapi rasanya tidak kot!. Hah satu lagi... tak kosong la pulak stadium tu bila dah pasukan Laos ketinggalan. Kebanyakan penyokongnya masih setia menanti sehingga ke wisel yang terakhir. Semangat tu.

Harapan saya agar bolasepak di negara kita akan terus cemerlang. Kemenangan dengan Vietnam sudah tentulah amat ditunggu walaupun nampak sukar. Penonton pula perlu lebih berdisiplin dan jangan terlalu beremosi hingga gagal mengawal diri ketika menyokong pasukan masing-masing. Penyokong skuad Laos boleh dijadikan contoh. Tak perlu pergi jauh-jauh untuk tengok contoh yang baik.

2 comments:

ima_yo said...

salam..
2 perkara yg saya tunggu2 semasa game semalam..
1.mercun meletop2 sampah bersepah2
2.malaysia dibelasah laos..
Maafla..bkn pa persepsi sy thadap b/sepak kat msia tuh itulah..
apa yg malangnya xmuncul pula kejadian tersebut...sebab2nya mungkin
perlawanan x diadakan d msia(penonton xnaik myk)
satu lg..rezki nk menang..
maaf pd ketua penyokong msia yg lgsg xgiveup sokong msia..
tp sy bersyukurla..msia da lama xmenang..sekurang2nya xla membazir blanja skuad bola g terbang kesana kemari..
itulah hakikat..
namun sy berbangga msia masuk final

kakkoi6779 said...

Salam Boss,
Koi pun mcm ima_yo, klu ari tu malaysia dibelasah laos best gak, agar skuad malaysia sentiasa berpijak di bumi yg nyata.