Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 31 December 2009

Palang Penghalang


Berhati-hati ya kalau anda ke FSR. Sekarang ini kami sudah 'dikepung'. Kalau anda berkenderaan terutamanya kereta, pastikan anda mendapatkan pas di Balai Pengawal dahulu (khas untuk tetamu sahaja ya). Kalau tak jawabnya... menapak ajalah dari parkir yang disediakan untuk pelajar di hadapan bangunan berkembar S&T.

Lagi mudah kalau pakai motor kan. Tapi ada bahayanya. Dilanggar tercampak, melanggar pun tercampak. Walaubagaimanapun bersabar sahajalah kepada warga FSR terutamanya pelajar (sebenarnya staf pun terasa kalau tertinggal kad pekerja) kerana terpaksa menerima satu lagi dugaan. Namun ini bukan penghalang untuk anda mengecap kejayaan. Apa salahnya exercise sikit di kala menimba ilmu ini. Nanti kalau dah kerja buat pejabat yang parkirnya di hadapan bilik anda, ok. Sabar ajalah.

8 comments:

Lennyek said...

salam..

sya dah terfikir juga bila tgk palang tu mnggu lepas..garu kepala juga..memang kena menapak juga la sya..kaki pon blm kuat lg..tompang kereta wira la jwbnya..hehehee..

Apize said...

bayar ke parkir kat FSR?

HiCMat said...

Lenny takpala ada kabel baik punya. hehehe....

Apize, setakat ni belum keluar lg tender. Free ja.

perjalanan... said...

xpe la menapak skit...lg jauh jln, lg bnyk dpt pahala nk menimba ilmu, hehe...ingt lg dulu masa di stdium sh alm, jauh gak menapak gi klas masa dok di kolej sek 13, haha...


salam perjalanan...

Norazlina Mohd Nor said...

Salam...en syam...apa khabar? sihat la hendaknya yer...sy nk tanya...kalau student mcm kami yg part time nie...kelas time cuti, ahad mcm ne lak ek? sama jgk mcm yg lain ke? or time ari ahad tu dia bg kelonggaran...kalau x...naya jgk ek coz kebanyakkan student bwk kete...sentiasa penuh pulak tu...hehehe...jenuh ar kami nk mencari parking pas ni....huhuhu...sabor je la.

kakkoi6779 said...

boss
Pada 29/12/2009 yg lalu PLK-PDRM ada perjumpaan dgn En Sadiq di FSR, ramai yg kantoiii tak dpt masuk, nak tak nak terpaksa le Fauzi meminjam kad pekerja dah lah tu kena jadi "jaga" pulakk... tukang buka palang. hehehe

Haron said...

Salam Boss,
Siapa yg nak dipersalahkan? Zaman dah berubah, dulu jln kaki, ada rezeki beli kapcai, la ni...student kebanyakkannya guna kereta, mungkin famili org berada. Yang jadi masalahnya...mungkin org terdahulu yang membina struktur FSR tidak mengkaji 20thn akan datang..apa akan berlaku, bila student, majoritinya guna m/kar. Apa pun penghalang itu ada baiknya. Bagi mengelakkan parkir pensyarah dan staff FSR diambil oleh org lain yg hanya sekali-sekala berurusan di fakulti.

HiCMat said...

Azlina & Kakkoi,
Sorila... hari minggu pun palang tu bekerja.

Mr Haron,
Betul tu zaman dah berubah. Generasi sekarang ramai yang lebih daripada mampu. Layan ajalah mana yang termampu.