Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 24 February 2010

Pergi Tak Kembali

Semalam saya mendapat perkhabaran yang mendukacitakan. Dua orang rakan yang saya kenali telah kehilangan orang yang mereka sayangi. Takziah kepada Ema di atas kepulangan ayahanda tercinta ke Rahmatullah di awal pagi semalam. Takziah juga kepada sahabat baik saya iaitu Zainal a.k.a Kudult di atas kepulangan bonda tersayang ke Rahmatullah. Sebak mendengar cerita Kudult tentang kisah dia dan bondanya beberapa hari sebelum kematian bondanya.

Hari juga genap 19 tahun bonda saya yang paling disayangi pergi menghadap Illahi. Jasa dan pengorbanannya sudah tentulah tidak akan saya lupakan. Sehingga ke akhir hayat. Mak saya kuat. Mak saya rajin. Mak saya tabah.

Semoga kesemua mereka dicucuri Rahmat oleh-NYA dan ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Ameen.

4 comments:

Lennyek said...

Al-Fatihah..

ima_yo said...

terima kasih en syam..doakan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..amin

mommysarah said...

Takziah untuk keduanya, especially Kudult. Kalau abang Ungkal ada jumpa dia nanti, sampaikan salam takziah dari along sekeluarga ya. Lagi satu, just wanted to share with u, along dah 2 minggu dapat orang baru. Badruun Dzakwaan nama dia. Berpantang duduk rumah, seminggu jek abang Ungkal. Minggu ke-2 dah terpaksa ke kelas semula. Dugaan....

hisyamchemat said...

Insyaallah Along akan saya sampaikan.

Tahniah kerana mendapat orang baru.