Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 3 September 2010

Kerja Kosong: Pendemonstrasi Profesional Diperlukan

Memang melampau. Bendera negara kita dilumur telur busuk, dibakar dan dicampak pula najis ke kedutaan kita. Apa jenis orang la depa ni. Tak reti nak hormat kedaulatan negara lain langsung. Sepatutnya di bulan yang penuh berkat ini akan menjadikan manusia lebih sabar, lebih memaafkan dan bertolak ansur. Namun lain pula yang berlaku di negara seberang tu. Mereka lebih banyak beremosi daripada memikirkan secara rasional kesan tindakan mereka terhadap hubungan dua hala yang telah lama terjalin. Katanya kita serumpun, jadi kenalah berbincang kalau ada masalah. Jangan asyik nak salahkan orang ja, macam 'dia' saja yang betul.

Biarlah pemimpin antara dua negara yang berbincang. Ini dah jadi hero la pulak. Kononnya nak mempertahankan 'kehormatan' negara mereka yang dah tercabul. Tak tahu hujung pangkal apa yang berlaku di perairan negara, dah sibuk-sibuk nak menghentam negara lain. Dah tentu daripada laporan akhbar katanya nelayan kita tu dan peronda di perairan kita ada GPS dan tahu lokasi mereka, jadi apa ceritanya!. Terima ajalah kenyataannya kalau dah buat salah tertangkap orang kita dan ditangkap oleh peronda kita. Ini tak dia juga yang betul. Ganyang Malaysia! Malingsia!. Terus betul dia kutuk kita macam kita takdak hati dan perasaan.

Saya rasakan bapa-bapa pendemonstrasi tu dah dapat upah da. Habis macamana hang nak hidup pun susah. Ada hati juga nak bakar sana bakar sini. Baik pergi kerja lagi baik daripada dok berdemonstrasi sampai berhari-hari. Ya tak ya juga ini pun satu peluang pekerjaan baru di negara depa kot. Pendemonstrasi Profesional!

Mana depa dapat duit nak beli bendera Malaysia tu dan mancis atau lighter. nak makan pun susah. Tentu ada orang sponsor tu. Iyalah... lebih baik depa beli beras bagi anak bini makan atau kalau duit terlebih sedekahkan aja duit yang depa beli bendera atau kain dan cat untuk dibuat bendera tu kepada orang miskin dan papa kedana kat sana tu. Geram betul la! Dah lama simpan ni.

Apala 'adik beradik' pun nak gaduh!. Raya dah dekat ni, sepatutnya bermaaf-maafan. Lain takdak depa nak tunjuk paling kuat, bengkeng, kahaq, samseng, gedebe. Nak tunjuk terror dan macam-macam lagi. Memangla rakyat dia ramai, kalau asyik nak bergaduh dan taknak berdamai, sampai bila nak maju.

Rakyat dia pun ramai kat sini. Yang berdaftar 2 juta dan yang tak berdaftar... berjuta-juta la kot nooo. Itupun ada hati nak suruh balik kesemuanya ke negara depa. Apa depa nak bagi kerja ka kat rakyat depa yang balik tu. Negara kita yang dah aman makmur, tempat yang terbaik untuk rakyat depa mencari rezeki pun depa tak hormat. Habis camna. Bawak balik aja la. Bawak mai depa punya kapal-kap tentera laut atau bawak kesemua tongkang-tongkang yang terdapat di negara depa tu untuk mengangkut kesemua berjuta-juta rakyat depa yang dah beranak pinak di sini. Silap-silap rakyat dia sendiri yang taknak pulang. Habis dah seronok jadi orang Key Yel.

Sabarlah jiran ku. Jangan diikutkan sangat perasaan marah tu. Biar pemimpin yang telah kita lantik tu yang selesaikan secara diplomatik. Tak payah kita nak sibuk. Janganlah dikeruhkan hubungan erat yang memang telah lama tok nenek kita dok jaga tu. Tak ke mananya kita. Barat akan mentertawakan kita.

3 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

sekali meletup da....

Haron said...

Salam Boss,
hamba rasalah yang upah depa-depa tu mungkin datang dari kalangan mereka-mereka yang kecundang di sini dan di seberang. Saluran yang paling mudah mereka gunakan untuk mengkucar-kacirkan pentadbiran M'sia yg sedia ada sekarang ni. Boleh dijadikan isu untuk PRU13 akan datang, Alasannya untuk menuding kepada pemimpin yang ada sekarang kerana gagal menanganinya. Kita lihatlah nanti akan ada lagi isu-isu panas yang akan diperbesarkan. Isu yg berlaku sekarang ni bukannya susah nak diselesaikan, tapi almaklum sajelah kalau dah tak ada modal untuk dibacarakan....Amad Nisfu berkata " kudapun kudalah ". Apa yang penting......... Kta org kerdil ni dengar dan lihat saje perkembangannya.

hisyamchemat said...

Bro Yasir: Tulah... kadang2 saja nak bikin havoc sikit

Tuan Haron: Iya la... kita yang kecik2 ni pekakkan telinga dan butakan mata sajalah nampaknya.