Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 6 September 2010

Salam Eidul Fitri 1431H

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Didoakan agar penjenguk-penjenguk daripada kalangan muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian sentiasa sihat dan diberkati Allah. Amin.

Di kesempatan ini saya sekeluarga dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Minal Aidil Wal Fa'izin dengan iringan doa mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa bersama kita dan dijauhkan kita daripada ujian yang tidak tertanggung oleh kita.

Kepada yang akan memandu kenderaan pulang ke kampung halaman, saya harapkan agar sama-samalah kita berhati-hati di jalan raya. Semoga penjenguk-penjenguk sekalian selamat pulang ke kampung halaman berhari raya bersama kaum keluarga dan sanak saudara tercinta dan seterusnya selamat kembali ke tempat bertugas.

MAAF ZAHIR BATIN.

Ikhlas,
Hisyam bin Che Mat
Norliza bt Ali Wee
Kamilia Afiqah bt Hisyam
Kamil Afiq bin Hisyam
Kaisara Afiqah bt Hisyam

4 comments:

Anuar bin Ahmad said...

Assalamualaikum cik. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin. Semuga perjalanan balik kampung dalam lindungan Allah SWT. Saya Anuar student PLK PDRM 2007297002. Untuk makluman encik blog saya http://anuarbinahmad.blogspot.com

Hajar Asmidar Samat said...

Salam sir. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin untuk En. Hisyam sekeluarga. Sy minta ampun dan maaf sekiranya saya ade buat sir tersinggung sepanjang kehidupan saya sebagai pelajar ni.
(^__________^)

hijau bumi Tuhan... said...

slmt hari raya aidilfitri...mohon maaf sgala kesalahan dan mohon dihalalkan sgala ilmu, makan dan minum...smoga gembira & bahgia sentiasa dihari mulia...

p/s: kpd kamelia, kamil & kaisara...berhati2 jika main bunga api..:)

hisyamchemat said...

Anuar,
Sudah dimasukkan dalam senarai blogawan PLK

Hajar,
Sama-samalah maaf memaafi.

Lan,
Setakat ni depa tak mula lagi main bunga api. Esok lusa tak tau la lagi.