Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 11 November 2010

Susahnya Nak Jadi Anak Soleh!

Apa dah jadi dengan anak-anak ni. Depa taknak 'kawan' dengan makbapak lagi. Depa jadikan makbapak sebagai 'musuh'. Alahailah nasib badan. Kasihan kalau adalah ibubapa yang dapat anak-anak macam ni. Depa tak sayang kat mak ayah ka. Fuh... dahlah orang tua berdua tu bersusah payah membesarkan anak-anak ni dari tapak kaki sebesar ibu jari mak ayah depa. Depa buat perangai... macam mak ayah takdak hati dan perasaan.

Alahai kasihan sahajalah yang mampu saya ucapkan sebagai tanda simpati. Sangat sedih. Sedih betul. Janganlah jadi kat saya, saudara-mara dan rakan-rakan blogawan sekalian ya. Minta dijauhkan.

Kalau ada adik-adik, kawan-kawan dan penjengok-penjengok yang terkhilaf segeralah kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Saya bercoret dari pengalaman hidup yang tak seberapa. Jangan sampai kedua-dua mereka terbujur kaku di pembaringan barulah kita tersedar dan inginkan keampunan mereka. Menangis hinggalah keluar air mata darah sekalipun tak akan membangkitkan mereka dari pembaringan.

Ayuh....Kita bertekad untuk Menjadi Anak yang Soleh, yang senantiasa mensyukuri pengorbanan ibu dan tidak juga melupakan jasa bapa kita.

Video di bawah untuk dikongsi. Terima kasih bro Redzuan.

3 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Besar ganjaran anak soleh ni. So touching.......

ThE C0NvErTeR said...

Terima Ksaih Che. Hisyam di atas coretan kali ini. Membaca dan melihat coretan serta video yg di kongsikan, membuat diri saya sebak dan menyesal.
Mungkin saya sendiri belum cukup layak digelar anak yg Soleh di sisi ibu bapa saya sendiri. Banyak kekurangan yg saya miliki. Melihat dan mendengar video/lagu yg diselitkan turut membuat saya terkenangkan kehidupan keluarga saya yg seting kali di duga olehNYA. Semoga saya terus sedar dan insaf, dan membantu kehidupan ibu bapa saya bertambah aman dan senang.

HiCMat said...

Ya Ustat & Josie,
Kita sering lupa dan alpa. Sama-sama kita ingat mengingati. Aman dunia.