Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 9 November 2010

Sejarah Berulang!

Dah kata jangan. Sebelum bermula pun dibaca dan diulang arahan bak burung belatuk. Namun orang yang degil tetap degil. Akhirnya tersungkur di penghujung perjalanan. Ini kertas yang terakhir kali ini. Sepatutnya hanya menunggu masa untuk berpesta bagi meraikan jerit perih selama belajar. Di tahun akhir juga 'tupai' ini tersungkur setelah maklumat dari informer yang sudah jelik dengan tingkahlaku 'si-tupai' ini dari Diploma dan terus melekat hingga ke tahun akhir ijazah. Fuh... hebat betul informer ni. Siap bagi maklumat yang terperinci lagi. Syabas invigilators informer!

Semoga kes ini akan membuka mata 'tupai' yang lain agar lebih berhati-hati supaya tidak terpeliot di penghujung perjalanan dan tak sempat nak menyudahkan perjuangan yang belum selesai.

Penjengok-penjengok sekalian bolehlah merujuk catatan peribadi di FB saya beberapa hari sebelum kejadian untuk diambil ikhtibar. Namun catatan tinggal catatan. Hari ini sejarah berulang. Koleksi bertambah. Bukan yang baik tetapi buruk. Cuma penangkap, jantina 'tupai', kertas peperiksaan yang diambil dan lokasi tangkapan berbeza.

2 comments:

Haron said...

Boss sebenarnya toyol tu pun nak duduk final exam, tapi no. index tak ade. So, dia tumpanglah pada yang sudi membawanya. Dia tu pun satu @#$%&^ tak tahu ke yang toyol tu kan suka hisap darah sesiapa yang membawanya. Mungkin mereka-mereka itu tak tahu asal usul dan perangai toyol. Belajar di sekolah tingginya bertingkat-tingkat, b@*ohnya pun macam tingkat2 bangunan sekolah itu juga. Nak buat macam mana, toyol bertuan. Dapat pahala bos tangkap toyol, kalau tak tangkap kita lak dapat dosa,...subahat mamanya....Nota : buatlah sekadar yang mampu, yang lain tu doa dan berserah ajelah pada Allah SWT

rezi said...

dah tu ada juga yang terlepas tapi tunggu hukuman Allah di akhirat.