Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 30 May 2012

Sebelum Berangkat 2: Kemas & Angkut!

Cahaya Alam

Jenuh jugak nak mengemas rumah yang nak ditinggalkan. Berminggu-minggu jugak nak mengemas. Alhamdulillah... hadirnya beberapa orang hamba Allah yang sudi meluangkan masa untuk membantu mengemas, membungkus, memunggah dan mengangkut.




Pejabat

Jangkamasa perkhidmatan di UiTM selama 12 tahun merupakan suatu jangkamasa yang cukup panjang. Makanya banyaklah 'harta-karun' di dalam bilik di pejabat untuk dikemaskan. Ini kerana saya perlu menyerahkan semula bilik pejabat kerana itu khabarnya syarat bagi mereka yang akan menyambung pengajian ke luar negara. Aduhai... memang jenuh mengemas, membuang, memunggah dan mengangkut harta karun dari pejabat dan dibawa pulang ke Cahaya Alam. Kehadiran Kamil dan Kaisara pada suatu hujung minggu sedikit sebanyak 'membantu' menolak dan menarik troli naik dan turun bangunan. Akhirnya clear bilik untuk penghuni baru.



2 comments:

YopYB said...

Bilik nya masih belum berpenghuni ha..ha

hisyamchemat said...

yop... siapalah penghuni seterusnya ya. Pasti 'kakak' rambut pjg atas kabinet tu menunggu. hehehehe