Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 26 June 2012

Sindrom Jangan: Ruginya Kalau Pendidikan Luar Terus Dipinggirkan



Keratan akhbar The Australian di atas ditampalkan oleh Jeff, di hadapan pintu pejabat saya. Beliau mahu saya 'bertindak' selepas membaca artikel akhbar tersebut.

Sebaik membaca bait-bait ayat dari akhbar terbabit, maka dapatlah saya simpulkan bahawa bukan senang sebenarnya untuk menjadikan Pendidikan Luar (PL) sebagai subjek wajib di sekolah. Banyak tentangan yang terpaksa dihadapi bagi memastikan PL sebagai sebuah subjek di sekolah menjadi kenyataan. Mana taknya, mak bapak dan guru termasuklah pentadbir di kementerian yang terbabit begitu risaukan risiko yang ada di 'luar'.

Semuanya dah terkena 'Sindrom Jangan'. Ini adalah sindrom yang menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu perkara tanpa memberi peluang kepada individu yang nak melakukan sesuatu perkara tersebut peluang dan ruang.

Rupa-rupanya bukan di negara kita sahaja, Di Australia pun ibu bapa dan guru semakin risaukan tentang penglibatan anak-anak dalam Pendidikan Luar (PL). Menurut Kurikulum Kebangsaan Australia yang akan dilaksanakan di beberapa sekolah pada semester hadapan, PL hanya menjadi topik picisan sahaja di dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Namun persatuan yang terlibat dengan Pendidikan/Rekreasi Luar terus menerus berusaha dan mendesar agar PL berada sebaris dengan subjek-subjek lain di sekolah. Ini kerana telah terbukti bahawa terlalu banyak faedahnya PL kalau hendak disenaraikan kepada anak-anak di sekolah. Kepada penjengok-penjengok yang masih belum pasti tentang faedah PL bolehlah google sahaja kajian sebelumnya berkaitan benefits of outdoor education. Maka akan keluarlah dapatan carian sehingga 33,300,000. Tu dia banyak betul.

Nampak gayanya kita di Malaysia nampaknya tidaklah terlalu tertinggal sekiranya mahu bertindak dari sekarang. Wallahu'aklam.

4 comments:

wegreentheearth said...

salam bos...peluang jugak ni...topic yg bgs gak untuk workout ni...

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

Ada dalam topik dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. kalau diperluaskan dan wajib dijalankan memang bagus sangat.

hisyamchemat said...

Betul tu Mus. Peluang untuk dikaji dengan lebih mendalam di negara kita

hisyamchemat said...

Cikgu Zaiham, mmg saya tahu ada. Tapi sebagai topik picisan sahaja.