Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 14 February 2013

Tanggungjawab Kita





Jangan salahkan individu di atas, dia memang seorang yang jahil tentang Islam. Maka menjadi tanggungjawab kitalah sebagai umat Islam untuk mendekati golongan sebegini dan seterusnya menunjukkan (bukan menunjuk-nunjuk) atau menzahirkan akhlak dan peribadi Muslim yang terbaik di samping memberi kefahaman terhadap nilai Islam yang sebenar. Kejahilanlah yang menyebabkan mereka ini menentang Islam, mereka tidak faham akan kesucian Islam. Menjadi lebih parah lagi apabila umat Islam sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai Muslim sejati hingga  agama suci ini terpalit dek 'kebusukan' akhlak umatnya sendiri. 

Kalau diimbas kembali sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mula menyebarkan ajaran Islam secara terang-terangan dahulu, Saidina Umar al-Khattab pula kuat mempertahankan ajaran turun temurun masyarakatnya. Beliaulah yang paling keras menentang Islam pada ketika itu. Namun dengan hidayah yang Allah kurniakan kepada beliau, akhirnya beliau memeluk Islam dan berjanji pula untuk melindungi Islam sehingga ke titisan darahnya yang terakhir.  Kisah seterusnya tentang sahabat Rasulullah S.A.W yang dijamin masuk syurga ini ada di sini.


Daniel Streich, seorang ahli politik di sebuah negara Eropah sangat terkenal dengan kekerasannya di dalam kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, namun hidayah Allah hadir bersamanya di mana tanpa disangka-sangka beliau telah memeluk agama Islam. Selepas pengislamannya, beliau pula aktif memperjuangkan hak pembinaan masjid di negaranya. Kisah pengislaman Streich ada di sini.

Kisah Shive Prasad yang berasal dari Faisabad, daerah di mana terletaknya masjid Babri di India turut menyentuh rasa di awal pengislamannya. Prasad merupakan antara dalang utama di sebalik runtuh dan musnahnya Masjid Babri. Beliau hidup penuh kegelisahan selepas peristiwa meruntuhkan masjid tersebut. Namun kegelisahannya berakhir berkat hidayah Allah swt. Alhamdulillah... ketenangan yang dicari beliau perolehi selepas memeluk Islam. Kisah runtuhnya masjid umat Islam di India dan kisah Prasad memeluk Islam atau nama Islamnya Mohammed Mustafa ada di sini.

Banyak lagi kisah-kisah menarik yang berlaku kepada penentang-penentang Islam yang kemudiannya dikurniakan Allah dengan hidayahNya untuk memeluk Islam. Maka tugas kitalah umat Islam untuk sama-sama mendekati mereka dan menzahirkan akhlak yang terpuji. Di samping kita berdakwah (berusaha), kita berdoa kerana Allah berhak mengurniakan hidayah kepada sesiapa sahaja yang disukaiNya. Wallahu'aklam.



1 comment:

jai othman said...

Maaf Syam, nasik tambah sikit utk kita bersama.

Betoi, kita tak buleh salahkan depa semata-mata. Kita kena kerja kuat.

Tapi, maaf banyak, depa ni bukan jahil sangat pasai Islam. Bahkan, kerana mengetahui kehebatan Islamlah depa nak perjatuh Islam. Kalau Islam tak hebat, depa tak pandang sebelah mata pun. Komplot ni integrated dari kutub utara sampai selatan. Sejak habis renaissance sampai akhirat. Well strategically planned and well executed. Yang jahil adalah orang awam termasuk kita. Ikut pengalaman peribadi, kawan2 kita di office (yang non muslim) biasanya jahil sungguh tentang agama. Bukan jahil tentang Islam saja, tapi semua jenis kepercayaan depa tak tau. Kadang2 lucu pulak dengar depa cerita pasal falsafah buddha dan kelahiran Isa AS.

Depa yg keras menentang ni pulak, bukan jahil sangat. Depa ni dah study Quran dan hadith awal-awal. Depa ada team, ada perancang strategik, ada researcher, ada back up, ada thinktank, ada economic linkage, ada macam-macam. Bila kedudukan individu mcm depa ni terancam, ada saja helah nak buat utk selamat diri. Depa dah belajar dari Salman Rushdi dan seumpamanya.

In short, pada pendapat aku, secara amnya yang jahil tu bukanlah depa yg berani dan lantang ni (ada jugak yg jahil). Orang awam mcm kita yg jahil dan perlu didekati. Sama-sama kita teruskan usaha dan meneruskan tradisi perkongsian limu - di web, study circle dan whatsapp group. Aku sokong hang menulis dan berkongsi. Maaf atas kelemahan diri. Jai Usman