Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 6 January 2009

Kereta I Power

Saya rasa penjengok-penjengok sekalian juga pernah melihat situasi yang saya saksikan ini. Semalam ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Seksyen 19, saya dapat mendengar bunyi siren ambulan dari jauh. Sudah tentulah ada kecemasan. Takkanlah pemandu ambulan hanya nak test bunyi pulak kan.

Yang kurang menariknya pula, saya turut dapat menyaksikan sebuah kereta Kenari warna merah memecut dengan laju sekali di hadapan ambulan yang saya dapat dengar tadi. Saya turut mendengar dengan jelas bagaimana pemandu ambulan tersebut membunyikan hon ambulannya 'merayu' pemandu kereta Kenari merah di hadapannya supaya memberi laluan kepada ambulannya. Namun sehingga kesudahannya pemandu Kenari tadi tetap tidak berganjak tetapi terus memecut keretanya.

Inilah sebahagian daripada kisah benar yang kisah boleh lihat di sekitar kehidupan kita. Masih ada insan yang tidak prihatin dan boleh kita katakan sebagai tiada kesedaran sivik. Katakanlah orang yang dibawa atau yang hendak diambil oleh ambulan tadi adalah keluarganya tentu dia akan kecewa kan. Mungkin orang sebegini tidak berfikir seperti kita berfikir. Sama-samalah kita doakan pemandu Kenari merah tadi beroleh hidayahnya. Kita pohon kepada Allah juga agar kita dijauhkan daripada sikap sebegini.

7 comments:

Lennyek said...

ish..xbermoral lngsng org tu..ala..stakat kenari nk pecut laju2 tu bt ape..
dibuatnya excident,ambulance tu gak bg bantuan..apa daaa...

HiCMat said...

Lenny,
Saya terfikir juga... mungkin pemandu kereta merah tu doktor. Mungkin dia pun ada kes kecemasan

wegreentheearth said...

ataupun dia pun anta pesakit gak kot...

-sOutherN_Sh@rK- said...

salam.. saya rase la kan, maybe kenari tu nak test machine dye.. ntah2 baru masuk enjin baru agaknya.. tapi nak test pon bukan dgn ambulans, pergi la test dengan mane2 kereta.. kalau la ada pelanong tengok,jatuh imej kita sebagai rakyat kita..

deedaa.jijah.linda said...

saya rase dia saja test power....
tapi bende x kene kat diri dia...
sebab tu dia amik endah x endah...
bila diri sendiri kene baru tau...