Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 26 January 2009

Pelanduk Dua Serupa

Seorang lelaki Tionghua tiba-tiba menyoal saya, "Lampu ini dah out of stock ka... Encik?". Saya yang pada masa itu sedang melihat lampu di rak sebelah terkedu sebentar. Dalam hati bertanya,"Kenapalah aku pulak yang ditanyanya". Untuk tidak menghampakan pertanyaan tadi, saya menjawab, "Sorrylah Encik... saya bukannya pekerja kat sini... saya pun kurang pasti". Kebetulan pula berhampiran saya ada seorang pekerja pasaraya tersebut. Terus saya panggilkan pekerja tu untuk membantu lelaki Tionghua tadi. Sekali lagi dalam hati bertanya, "Muka aku ni ada rupa salesman ka?". Namun tiada jawapan.

Ketika sedang mengujilari mentol yang nak dibeli muncul pula seorang lelaki Melayu. Ditanya saya tentang mentol yang dia ingini samada ada stok atau tak. "Maaflah bang... saya bukannya pekerja kat sini... saya pun kurang pasti. Nanti saya panggilkan staf yang bantu saya tadi", jawapan yang lebih kurang sama saya berikan kepada lelaki Melayu itu. Sambil tersipu-sipu malu lelaki Melayu itu berkata, "Maaf bang... saya ingatkan abang staf kat sini... baju sama warna".

Aduh silap pakai baju da hari ni. Sama la pulak baju saya dengan staf kat IKEA ni. Lain kali tak boleh pakai warna kuning lagilah kalau ke IKEA. Aduh...nasib nasib. Nak membeli pun tak tenang.

4 comments:

Beautifool Life said...

Salam, En. Syam...

Masa saya kerja kat Bangi dulu, time nak makan tengahari saya selalu makan kat satu restoran dekat dgn training center tempat saya kerja. Semua yang datang situ pakai smart je. Saya nak masuk restoran tu pun segan sebab saya pakai selekeh sgt. Tiap kali saya pergi untuk lunch dan nak amik nasi, mesti ada yang cakap, "cukup dik, banyak sangat nasi tu. Abang/akak makan sikit je."

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

En. Syam,
Pelanduk dua serupa ni pun selalu jugak terjadi kat saya. Pasal dah selalu sangat, saya layan kan je, sampai la orang tu sendiri yang malu. Tapi takpa la, boleh ramai kawan.

FoO dA fIrSt#1 said...

salam,
kisah saya len macam pulak.
masa kerja di Caltex kat kampung dulu, selalu kena tegur dek pelanggan cina. Keluar je keta depa terus cakap "ji chap". saya tanya balik apa dia. dia ulang balik perkataan yang sama pstu marah dalam bahasa cina. saya katala saya bukan cina saya melayu. terus dia tersipu terkejut. ada jugak pelanggan melayu yang cakap dalam slang cina. "alo, kasi isi dua puloh ah". adoiyai....

HiCMat said...

Azmi, Ustad & Yasir,
Saya jangkakan tentu ramai orang mengalami pengalaman yang seakan serupa dengan kita cuma lokasi dan situasinya berbeza. Apapun semua pengalaman ini akan menambahkan lagi asam garam kehidupan kita.