Alahai pengalaman kurang menarik la pulak hari ini. Kamilia gagal duduk di depan dalam kelasnya.Berulangkali saya dan Liza dah katakan pada Kamilia supaya duduk paling hadapan di dalam kelas, baru boleh tumpu perhatian. Rupa-rupanya saya dah salah strategi.
Kami sampai ke sekolah tepat jam 7.30 pagi. Sesak teruk di sekitar Seksyen 19 kerana terdapat 3 sekolah di sekitar kawasan itu. Perhimpunan pagi baru nak dimulakan, jadi kami berdua pun kelam kabut jugalah nak mencari barisan kelas Kamilia. Mana taknya ada lebih kurang 2000 orang murid pagi tadi. Tak masuk lagi dengan ibubapa dan penjaga yang turut memeriahkan suasana pagi tadi. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat pagi. Kalau menangis dan pegang kaki makbapak tu kira adat la, hari pertama. Alhamdulillah Kamilia OK.
Saya tawarkan diri untuk memegang beg sekolah Kamilia sementara mendengar ucapan pagi yang disampaikan oleh guru bertugas dan Guru Besar. Dia tak mau. Nak bawa sendiri katanya. OK saya cuma takut dia yang tak larat nak pikul beg. Saya juga perhatikan kebanyakan budak-budak lain tak pikul beg. Saya fikir mungkin mak bapak mereka tolong bawakan. Bagus juga Kamilia nak berdikari,fikir saya.
Tiba masa untuk masuk ke kelas masig-masing. Saya terus berbisik pada Kamilia supaya dia tak lupa duduk paling hadapan di dalam kelas. Sampai saja di kelas terkejut juga saya dibuatnya. Semua tempat di hadapan dah dipenuhi dengan beg-beg. Rupa-rupanya ada makbapak yang dah tempah tempat untuk anak mereka. Ketika orang lain sibuk beratur, ada makbapak yang dah menyelinap masuk ke kelas dan letakkan beg anak mereka di tempat paling hadapan. Kamilia tercari-cari lagi tempat di depan. Saya cuma perhatikan dari luar sahaja. Apabila dia tengok semua tempat dah ada penghuninya, dia terus berdiri depan meja guru. Mungkin pohon simpati untuk ditempatkan di tempat paling hadapan. namun guru kelasnya buat tak layan sahaja. Jadi saya pun masuk ikut pintu belakang [tanpa kebenaran] dan panggil Kamilia untuk duduk di tempat yang paling belakang yang masih kosong. Alahai salah strategi la pulak. Maklumlah takda pengalaman. Jadi lepas ni, saya perlu rancang lebih banyak strategi untuk Kamilia dan seterusnya untuk Kamil dan Kaisara.
12 comments:
salam boss..
Good luck to Kamilia...strive for good marks and make your parent proud of u...
have a great day boss...
wah..parents skang ni ada strategi sendiri ek..mmg mereka sentiasa mahukan yang terbaik utk anak2.. =)
alamak, kesian kamilia...mmg brbeza dduk diblkg dan didepan... kt dpn blh fokus lebih skit...insyallah, kamilia bleh fokus pada pelajarannya...
salam perjalanan...
tak pa, nak buat macam mana, kadang-kadang kita berusaha, tapi ALLAH yang menentukan. Itu la masalahnya kadang-kadang strategi jadi trajedi...hehehhehhe sabar je la
Yazilah,
Terima kasih.
Hani, Lan dan En Rahim,
Duduk depan ni bukan apa... banyak baiknya daripada buruk. Itulah salah satu cara saya nak bagi Kamilia lebih fokus dan tak main-main masa cikgu mengajar. Bila dia dah duduk belakang ni, kena bagi 'khutbah' lebih sikit la bila dia mula main-main.
salam,
saya nak jugak dok depan dulu..
tapi coursemate saya ramai yang mendap2, so kenala mengalah dok belakang...
heheee...
Mus,
Sampai bila asyik nak mengalah ja. Kadang-kadang nak juga 'menang'. hehehe
btul gak..duk depan ni lebih fokus..tp en.hisyam, saya masa belajar diploma di uitm arau dulu dok depan pun t'tido gk...lecturer pun dh biase..nasib la ilmu smpai jugak..hehehe..
tapi dh berubah bila di uitm shah alam..sentiasa inginkn yg terbaik..
nnti kamilia darjah 2 kena suruh duduk depan..
sekarang dalam kelas dah ade azam duk depan..mmg betul duk depan boleh fokus...
sekarang dalam kelas dah ade azam duk depan..mmg betul duk depan boleh fokus...
sekarang dalam kelas dah ade azam duk depan..mmg betul duk depan boleh fokus...
Kisah cek Mat sama macam kes saya, pagi tu saya minta anak saya Daniel bersiap cepat unutk daftar masuk Sekolah Agama Sek.3. Jam 7.30pagi sampai di kelas tengok-tengok 3-4 baris dihadapan dah penuh. Nasihat untuk Daniel dapat tempat dibaris hadapah tak kesampaian. Tahun depan la pulak kalau nak rebut tempat dihadapan.
Post a Comment