Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 11 May 2009

Cadangan

Ada rakan-rakan yang mula mencadangkan agar saya mengkebumikan kolam ikan peliharaan yang terdapat di hadapan rumah saya tu. Kononnya kolam itulah penyebab utama yang menyebabkan Liza dan Kamilia dihinggap demam denggi. Jadi apa tunggu lagi. Kebumikan sajalah.

Setakat ini sememangnya saya tidak terfikir langsung untuk mengkebumikan kolam tu. Di situlah tempat kami anak beranak berehat, menenangkan fikiran sambil melihat ikan-ikan berenang di celah-celah batu di samping bunyi deruan air terjun yang memberikan terapi minda.

Kolam tersebut telah saya masukkan ubat anti jentik-jentik. Takkan ada jentik-jentik yang akan sempat menetas. Bahkan nyamuk yang cuba menetaskan telurnya pun akan terkorban.

Yang pasti... jentik-jentik ini boleh hidup di sekitar kawasan perumahan saya, di dalam gutter, di dalam longkang-longkang di depan dan di belakang rumah. Turut menjadi kawasan yang disyaki tempat pembiakan adalah di kawasan pembinaan perumahan berhampiran dan banyak tempat lain.

Cuma sudah tertulis Liza dan Kamilia terpilih untuk diuji dengan demam denggi di kawasan perumahan kami. Maka terima sahajalah. Takkanlah sampai nak dimusnahkan pula kolam yang baru dibina itu.

Tak sayang keluarga ka? Jangan salah sangka ya. Sudah semestilah saya lebih sayangkan keluarga mengatasi diri sendiri sekalipun. Namun sekiranya masih ada peluang janganlah samapai menggunakan akal singkat untuk memusnahkan kerana memusnahkan lebih mudah berbanding membina. I'm sorry.

8 comments:

[moncet] said...

betol boss..
x kan sebab kolam..
x sempat menetas ikan dah makan
=)

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Kena buat kajian lah Boss....
Murphy's Law ....

ct said...

alhamdulillah..kak liza dan kamelia dah chat..syukur..erm..betul ckp bos nak musnahkan skejap jetu..,tapi kolam tu..so nice!!..byk boleh beri ketenangan dgn air ni..smua ni kebetulan n dugaan..utk boss..

cy_sumandak said...

salam boss,

betul apa yang boss coret tu..kes ni sama berlaku kat anak buah tracy..kena suspek denggi..rmh tracy pun ada kolam mcm tu ltk ikan gak..tapi kolam bersih langsung xdak jentik2..tapi kdg2 persekitaran perumahan yg menjadi punca..jangan musnahkan boss, sayang..terapi minda.. :)

susah gak kalau kita dah jaga rumah..tapi kawan2 rmh yg lain x jaga..hehehe

Beautifool Life said...

Bela ikan guppy (ikan kecik2 yang colorful tu)... Gerenti xde jentik2 yang boleh hidup dalam kolam tu kalau ada ikan tu...

HiCMat said...

Azmi,
Saya dah masukkan Guppy Longkang. TQVM

kuDULT said...

Salam..

Jangan kerana nyamuk kelambu dibakar. Selain itu adalah ujianNya, langkah prevention yg lebih power juga perlu direncana di kolam cinonet tu.....tapi kalau nak musnahkan org sebelah tu volunteer buat free kot..he...heee..

HiCMat said...

Kudult,
Aik... lain macam ja. hehehe