Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 7 May 2009

Geram Betul Aku Dengan Nyamuk-Nyamuk Ni!

Balik dari hospital semalam saya singgah di kedai runcit. Beli penyembur nak kasi sembur semua nyamuk-nyamuk yang bermaharajalela di dalam dan luar rumah. Saya beli setin penyembur yang paling panjang sekali. Saya tanya tokey kedai, "Mana penyembur yang paling power". Terus dia tunjukkan sambil berkata, "Brand ini Bang".


Balik rumah teruslah saya sembur. Mula dengan kolam ikan. Walaupun dah diletakkan Abate kat dalam air tu, ada juga yang masih ada hati nak menyorokkan diri kat bawah-bawah kayu kawasan tapisan air tu. Habis mati saya sembur. Nasib baik ikan tak mati. Memang terseksa habislah nyamuk-nyamuk. Padan muka. Sapa suruh engkau gigit anak dan bini aku. Menyusahkan betul. Geram ooo.



Masuk dalam rumah terus saya cari tempat-tempat kot ada air yang bertakung. Semua saya kemaskan. Selesai semua terus ambil penyembur, kemudian apalagi habis satu rumah saya sembur. Atas, bawah, belakang, depan semua saya sembur.

Sampai kat tangga, ada la seekor nyamuk ni cari pasal. Sengaja 'dia' terbang depan saya. Nak cari nahas betul. Tanpa berlengah, terus saya sembur. Sembur dengan perasaan geram. Sembur punya sembur punya sembur, tak juga nyamuk tadi tewas. Siap boleh terbang dekat dengan saya lagi. Bila tergerak nak tampar saja terus dia terbang entah ke mana meninggalkan saya. Aduh, nyamuk tu nak tunjukkan yang penyembur dari jenama terkenal yang saya gunakan tadi tu tak cukup berkesan. Hampeh betul.

Harap-harap tak jadi la macam peribahasa dulu-dulu, Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Masih relevankah peribahasa sebegini di zaman ini. Sekarang ini apa ya peribahasa yang sesuai dipakai yang melibatkan NYAMUK?

10 comments:

Stoner said...

sabar boss...kat lebuhraya kesas ada penyembur nyamuk paling power boss...setinggi 4 tingkat...hehe

perjalanan said...

haha, btol tu stone...
"kerana nyamuk, habis penyembur nyamuk dibeli"...ok x peribahasa sy ni boss, hehehe...


salam perjalanan...

Lennyek said...

salah la abg lan..

marahkan nyamok,tokei kedai kena marah..ye la..tokei tu yg ckp pnymbur tu pling power..tapi nymok tak mati2.

Saya rasa la kan en.syam..mgkin ade sebab kenapa kamil nak bela Katak..hurmm..

aishahadnan said...

salam...
bagus jak macam tu...alang2 kak liza dah tak payah kemas luar umah...en.hisyam dah kemaskan...
huhu
smoga kak liza and kamelia cpt sembuh..

HiCMat said...

Salam semua,
Che Din ada bagi jawapan. Dia kata mungkin nyamuk seekor tu tutup hidung dengan dua2 kepaknya, sebab tu dia relaks ja walaupun puas saya menyembur.

Lan,
Kaya tukang buat dan tukang jual penyembur tu.

perjalanan said...

kurang tepat tu che din...kalo dia tutup hidung guna kepak, mcmmane dia nk terbang...mesti le jatuh ke tanah, hehehe...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

marahkan nyamuk, satu shah alam kena fogging....

HiCMat said...

Yassir,
Fogging pun tak jalan da. Nyamuk dah mangli

Liza Azahar said...

kalu baca cerita nie ibaratnya, Marahkan nyamuk, bakar kelambu ya! kalau bela ikan, mana adanya nyamuk sebab ikan-ikan nie makan larva nyamuk atau ikan nie dah terlalu kenyang ke... pelik jugak kes nie sebab mak akak pun ada kolam ikan siap ada waterfall lagi. akak rasalah nyamuk nie mesti menumpang kat pokok-pokok yg berhampiran dengan kolam tu! by the way.. liza dan kamilia dah sihat. alhamdulillah.

HiCMat said...

Kak Liza,
Alhamdulillah Liza dan Kamilia dah sihat. Mungkin betullah,nyamuk-nyamuk ni menyorok/berteduh di celah-celah pokok bunga[yang tak berbunga] tu