Saya dapat panggilan daripada seorang gadis dari Melaka. Khabarnya dia dah dapat panggilan untuk menjadi siswi UiTM untuk program Diploma Pengajian Sukan. Dia ditempatkan di Kampus Perlis.
Pemanggil merayu kepada saya untuk bertukar kampus. Dia pohon jasa baik saya untuk menukarkan dia ke Kampus Shah Alam. Alahai Cik Adik oii. Teruslah saya mula berceramah. Panjang lebar jugalah dia dengar leteran saya. Semuanya pasal syukur.
Dia sepatutnya bersyukur kerana dapat masuk UiTM. Belajar sajalah di mana tempat yang diletakkan. Sepatutnya dia bersyukur kerana tak termasuk ke dalam golongan yang terpaksa merantau ke Sarawak. Bersyukur berbanding ramai lagi yang di luar sana yang masih menunggu dan belum dapat peluang dan masih menunggu ruang.
Sebelum menamatkan perbualan saya bertanya kepada pemanggil, "Awak ni dah sujud syukur ke kerana dapat masuk UiTM?". Terus dia menjawab, "Belum lagi Encik!". Patut pun.
4 comments:
nasib baik dia x dapat kat kampus sarawak..tapi kat UiTM Sarawak pun best gak..tanyak budak semenanjung yg pernah study kat sarawak,best x? apa-apa pun kita patut bersyukur kerana berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran. X kira dimana kita belajar,semuanya bergantung kepada usaha dam taqwa kita. Usaha Taqwa Mulia!
bepuluh2 ribu maknusia nak sambung blajo kemain susah lg..da bagi tempat pown nak tukar2..penah makan nasi guna kaki x?pukol kang!!huhu
Hafiz,
Betul tu. Saya pernah ke Sarawak [sekejap saja] bantu Cik Sue untuk aktiviti tali masa First Batch. Menarik pengalaman di sana. Jauh perjalanan, luas pandangan, banyak pengalaman. Apa salahnya di masa muda tu digunakan untuk merantau.
hahahaa...t'gelak besar sy bc ayat en.syam tu,boleh tahan jgk la kan..mesti perayu tu malu t'sipu2 bl ditanya dh sujud syukur ke blom...hahaha
saya,ct,ijam n pian pun ikut gak bos pg ms sarawak tu...ajar adik2 kat sana buat abseiling n mgmnt game hihihi
seronok..tido kat bilik cik sue.
7pg cam dah kul 8pg
jauh bjln,luas pglmn..betul3....
bijak2....
Post a Comment