Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 8 June 2009

Berita Untuk Kawan

Alhamdulillah, menjelang tengahari tadi maka tamatlah program yang berjaya mengumpulkan ahli PERLU Selangor, alumni PERLU UiTM, ahli PERLU UiTM dan 'sahabat' PERLU. Program yang dirancang hampir dua bulan lalu oleh PPT & the gang telah berjaya mengumpulkan hampir 30 orang peserta.

Sayangnya ramai ahli PERLU UiTM yang tidak dapat turut serta. Di mana silapnya? Saya dimaklumkan kebanyakan ahli PERLU UiTM sibuk dengan komitmen masing-masing di musim cuti semester ini. Maka ramailah di kalangan mereka yang terpaksa melupakan niat untuk menyertai pertemuan pada kali ini.

Ruginya kerana ramai alumni yang tidak dapat turut serta. Di mana silapnya? Saya menjangkakan tentu ada di kalangan alumni tidak langsung mengetahui tentang program ini. Mereka juga mungkinnya terlalu sibuk dengan komitmen tersendiri. Takpalah apa boleh buat. Lain kali pihak penganjur perlu jejaki mereka semula.

Saya harapkan di lain kali pihak penganjur dapat memastikan pengisian dimurnikan lagi. Mereka yang hadir sepatutnya menghormati masa yang telah ditetapkan. Jangan lewat-lewat.

Nota: Memang berat untuk menulis di kali ini. Simpan... takut ada yang terasa. I'm sorry.

3 comments:

Lennyek said...

salam...

sory sbb sya salah seorang ahli yg tak dapat hadir pada gathering kali ini..
sya ada cmptition bermula 4hb shinggalah 7hb..sya mta maaf sbb tak dapat memenuhkan forum Perlu UiTM

Anonymous said...

Hei, Nyek... Korum ke forum? Apeda!

Salam, En. Syam...
Tak tau nak komen ape sebab xtau cerita sebenar tapi ada info yang kurang elok sampai kat telinga saya... Xpela... Next time...

Have a nice day!

sname said...

dapat singgah ja..
=(