Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 3 June 2009

Senang Untuk Ke Mana-Mana

Berita ini mungkin dah lapok. Sudah 2 minggu lebih keluar dalam surat khabar. Saya ja yang sibuk sangat sampai tak sempat beridea untuk mencoretkan di laman ini.

Untuk pengetahuan penjenguk-penjenguk sekalian... sekarang ini telah wujud Google Maps Malaysia versi tempatan. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kebenda tu ya. Penting ka untuk aku dan macam-macam lagi... Di bawah ini ada ceritanya.

Google Maps Malaysia menawarkan platform pencarian maklumat mengenai jalan, alamat di negara ini. Dengan cara ini kita sebagai pengguna akan dapat mencari maklumat dengan cara yang lebih komprehensif, cepat dan mudah.

Saya menggunakan sepenuhnya Google Maps Australian semasa belajar di sana. Bukannya apa, senang sangat untuk jalan-jalan. Jalan-jalan ke Melbourne, Echuca, Great Ocean Road, Grampians National Park, Korong Vale, Ballarat dan banyak lagi memang senang sekali. Jarak dan masa untuk ke sesuatu destinasi sememangnya tercatat di situ. Kita siap boleh ubah lagi haluan kita mengikut 'citarasa' tersendiri.

Paling menarik bila nak ke Garage Sales di hujung minggu. Bermula dari petang Jumaat saya dah mula cari alamat yang terdapat dlaam Bendigo Advertiser. Apalagi keesokan harinya hampir seluruh pelusuk Bendigo kami anak beranak jelajah untuk mencari rumah-rumah yang mengadakan garage sales. Saja seronok. Bukan nak beli sangat pun.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba platform pencarian terbaru di negara kita ini bolehlah layari laman berikut di sini.

4 comments:

mommysarah said...

yelah....lengkap dengan nama jalan...sangat berterima kasih kepada yang membuatnya. Taman saya yang masih baru tu pun dah termasuk sekali...hehehehehee....

hijau bumi Tuhan... said...

trima kasih diatas info yg bos berikan...mmg sgt berguna...smpai jln kecik kt dpn umah sy pun ada jgak...siap ada nama jln lg,haha...


salam perjalanan...

ct said...

ermm. .bagusnyer..nanti leh la bukak..penting ni..:)insyaAllah if takde ara melintang nak bawak parent bcuti kee sabah bulan 7 nie..thanx u boss.

Liza Azahar said...

mmm... maaflah ya! rumah mak akak tak ada dalam list google map malaysia. lorong lain ada tapi lorong rumah mak akak di kuantan tak ada.